Khamis, 30 Mac 2023

AGENDA PERANG


Kes mahkamah Muhyiddin, Hadi antara isu PRN, kata pembangkang Terengganu


KES mahkamah dihadapi pemimpin PN, retorik kaum dan agama serta kos sara hidup bakal melatari kempen pilihan raya negeri di Terengganu kelak, kata pemimpin muda pembangkang di sini.

Pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan Umno Barisan Nasional (BN) ini menjangka boleh memberi kelebihan dan juga cabaran kepada mereka untuk meraih sokongan pengundi dalam kempen kelak.

Ketua Pemuda Amanah Terengganu, Mohamad Zamir Ghazali menjangkakan isu pendakwaan juga termasuk petisyen membatalkan kemenangan di kerusi utama pemimpin PAS.

Kes kerusi presiden PAS Abdul Hadi Awang di Marang serta satu lagi kerusi, Kuala Terengganu yang kini dibicarakan mahkamah boleh memberi kelebihan kepada PH dan Umno, katanya.


Pengundi akan berubah jika kemenangan PAS dalam PRU15 dibatalkan kerana kesalahan membeli undi dan pemimpin Bersatu yang berdepan kes penyelewengan diputuskan bersalah, katanya.

Mohamad Zamir menjangka peralihan ini mungkin ditunjukkan golongan pengundi muda atau peringkat umur pertengahan yang mengundi PN dalam PRU15.

Pemilih ini mengundi PN kerana percaya dengan mesej gabungan parti itu yang kononnya bersih dan tidak mengamalkan rasuah, katanya.

Katanya, paling utama pendakwaan bagi tuduhan penyelewengan ke atas Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan juga ke atas ketua penerangannya Wan Saiful Wan Jan.

“Pendakwaan itu akan menyebabkan rakyat akan fikir banyak kali, jadi mungkin undi itu akan berpecah.

“Yang kedua, petisyen Parlimen Kuala Terengganu dan Marang (untuk membatalkan kemenangan PAS).

“Ia akan menjadi duluan perubahan peralihan sokongan pengundi untuk PRN dalam konteks Terengganu,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Mengulas lanjut, Zamir turut menjangkakan retorik perkauman agama akan menjadi isu hangat dalam PRN yang akan cuba dimainkan PN.

Beliau berkata ia sudah menjadi cabaran terbesar buat PH terutama di Terengganu untuk menangkis persepsi tersebut yang menyebabkan mereka tewas dalam PRU15 di negeri itu.

Katanya, beliau menjangka PN akan menimbulkan isu tersebut untuk menguasai undi golongan lebih muda di saluran 4, 5, dan 6

“Mereka akan main sentimen perkauman agama sebab terbukti mainan isu ini dalam PRU lepas menyebabkan PH kalah teruk begitu juga BN di Terengganu.

“Jadi ia merupakan satu kewajipan dan cabaran besar kepada PH  khusus Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk menonjolkan sisi kejayaan mengurus isu berbangkit yang ada sekarang ini.

“Seperti contoh isu lawatan ke gereja, isu perarakan LGBT kalau kerajaan dapat urus dengan baik insya Allah isu ini tidak dapat digunakan sebagai modal PRU,” kata Zamir.

Tambahnya begitu juga dengan isu kos sara hidup yang turut menjadi isu penting dan kritikal yang perlu diuruskan dengan baik oleh kerajaan pusat.

Peningkatan kos sara hidup dan harga barang berterusan akan mengundang kekecewaan kepada rakyat dan memberi kesan kesan dalam sokongan pengundi dalam PRN.

“Kerana itu kerajaan pusat kena memastikan keberkesanan dalam program bantuan menghadapi isu kos sara hidup dan peningkatan harga makanan.

“Jika tidak ia sudah tentu menjadi cabaran terbesar buat PH dalam PRN,” kata Zamir.

Beliau berkata bagi PAS sudah tentulah akan menguar-uarkan kejayaan mereka memberi pelbagai bentuk program bantuan kerajaan negeri kepada rakyat Terengganu.

Ketua Pemuda Umno Terengganu Tengku Haphiz Tengku Putera sependapat dengannya dan menambah, usaha dilakukan untuk menonjolkan prestasi kerajaan PH dan BN.

“Yang penting kita kena tunjuk kredibiliti baik Umno atau PH ini nak tawarkan sebagai kerajaan negeri. Mereka boleh menilai sepanjang beberapa bulan jadi kita jadi kerajaan,” katanya.

Beliau juga menjangka BN akan dapat berdepan cabaran dengan isu kos sara hidup namun percaya tindakan dilaksana kerajaan pada waktu ini dapat membantu rakyat.

“Seperti contoh bantuan banjir, kerajaan sudah selesai sebahagian besar pengagihan bantuan ini yang menunjukkan ini adalah isu rakyat yang kita dapat selesaikan dengan segera.

“Begitu juga dengan isu kos sara hidup, kerajaan hari ini telah membuat komitmen lebih awal dengan melancarkan inisiatif seperti menu rahmah, sumbangan tunai rahmah.

“Ini semua sudah dilakukan kerajaan lebih awal,” katanya yang menambah kaitan peningkatan kos sara hidup dan harga barang dengan inflasi sudah dijelaskan kerajaan.

Isu retorik kaum dan agama pula tidak menjadi masalah dalam PH dan BN dengan penubuhan Majlis Pimpinan Sekretariat yang menetapkan komitmen menjaga dari menimbulkan isu ini.

“Juga perjanjian memorandum pemuafakatan kerajaan perpaduan bersama PH juga menunjukkan komitmen awal kita dalam menjaga isu-isu seperti ini.

“Bila ada perjanjian ini kita dah ada persefahaman dengan DAP supaya jangan sentuh hak orang Melayu dan Islam.

“Setakat ini tidak semua pihak faham dan hormati perjanjian. Juga Umno walaupun dalam kerajaan Perpaduan tapi tidak pernah larut dalam memperjuangkan hak orang Melayu,” katanya.

Enam negeri mencapai kata sepakat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada dua minggu terakhir Jun depan dan seterusnya memberi laluan kepada PRN

Enam negeri itu ialah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah, dan Terengganu.

Keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat bersama antara menteri besar dan ketua menteri enam negeri tersebut yang diadakan pada bulan lalu. – 30 Mac, 2023.

AGENDA PERANG

TELAH DI ATUR

AMIN

HANYA TUNGGU

SEMBOYAN

AMIN

PRU14 KES

1MDB NAJIB

AMIN

PRN KALI INI

KES RASUAH ABAH

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan