Kerajaan Anwar diktator, zalim, kata Dr Mahathir
Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad mendakwa kerajaan hari ini yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim adalah kerajaan diktator dan zalim kerana tidak membenarkan orang ramai terutama parti lawan yang mengkritik atau meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran semasa.
Bekas perdana menteri itu turut mengingatkan tindakan Anwar semasa tidak bersama kerajaan sebelum ini adalah jauh lebih teruk apabila selalu mengadakan demonstrasi hingga menyebabkan kerosakan harta benda.
"Rakyat Malaysia berhak menegur kerajaan, tetapi kerajaan ini bukan setakat tak bagi tegur, jika parti lawan (siap) nak ambil tindakan, nak tangkap, nak masuk penjara dan sebagainya," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Putra di Kuala Lumpur hari ini.
"Ini supaya pilihan raya akan datang tiada parti lawan, cuma ada parti kerajaan dan boleh menang tanpa bertanding."
Ulasan beliau hadir dua hari selepas Anwar memberi amaran tentang penguatkuasaan penuh undang-undang terhadap mereka yang didakwanya cuba mencetuskan keadaan huru-hara di negara ini.
Pada masa sama, Mahathir turut meluahkan rasa terkilan terhadap kerajaan yang berat sebelah dalam isu rasuah kerana hanya menumpukan siasatan terhadap parti lawan.
Dakwanya, ini antara sebab mengapa orang ramai tidak dibenarkan mengkritik atau menegur kerana rakyat sedar terdapat juga parti dalam kerajaan yang terlibat dengan rasuah.
"Seolah-olah mereka tidak terlibat dengan rasuah. Sebaliknya kita tahu mereka juga terlibat dengan rasuah.
"Bukan main hero lagi (dulu) nak lawan dengan rasuah, tetapi tidak mahu lawan dengan diri sendiri.
“Sebab diri sendiri pun terlibat dengan rasuah. Sebab itu kerajaan tak benar ditegur oleh sesiapa," katanya.
Mahahtir turut membidas tuduhan beliau memperkayakan anak-anaknya ketika memegang jawatan perdana menteri dan mencabar supaya kerajaan mengemukakan bukti.
Katanya, sekiranya tiada bukti, beliau berhak mengambil tindakan sewajarnya.
"Jika ada bukti sila tunjuk. Anak saya, saya tak bagi masuk politik.
"Ini bukan saja individu, (tetapi) isteri, anak semuanya dapat layanan istimewa.
“Inilah kerajaan kita lihat sekarang dan saya berharap rakyat akan sedar dan bukan ikut cerita-cerita yang tidak benar," tambah beliau.
Karma sampai lewat Bro kah kah kah tapi belum sampai sepenuhnya lagi, kalau sumbat dia masuk penjara pukul masuk mahkamah baru lah adil saksama, sebelum apa apa sudah heboh zalim zalim zalim, dia kan pandai pandai tipu pandai segala ilmu hitam dunia kah kah kah tunggu masa akan sampai sampai nanti kah kah kah
BalasPadamZalim tu perlu utk terus bertakhta...pemimpin tak zalim akan cepat jatuh..contoh mail bera...tercedok kerana tak zalim...
BalasPadamMadey penjarakan ramai orang dengan akta ISA bertahun². Sepatutnya Anwar bubuh saja madey ni dalam SOSMA selama 28 hari. Jangan bagi dia pakai lampin. Biar dia main taik dia sendiri dalam lokap. Lepas tu tak mengapa kalau dia nak kata Anwar zalim.
BalasPadamMahathir dulu kata Melayu malas dan bodoh, tak salah kan? Orang Bodoh pandai mencuri tak? Pandai merasuah tak? Siapa pandai kalau Mahathir kata begitu? Naratif lama dia begitu lah selalu, nak sapu semua bagi kaum keluarga dia kah kah
BalasPadamMahathir dulu kata Melayu malas dan bodoh, tak salah kan? Orang Bodoh pandai mencuri tak? Pandai merasuah tak? Siapa pandai kalau Mahathir kata begitu? Naratif lama dia begitu lah selalu, nak sapu semua bagi kaum keluarga dia kah kah
BalasPadamGwa sedikit kompius. Tang mana yg zalim kalau tangkap penyangak? Tang mana zalim kalau nak hentikan berita2 palsu?
BalasPadamAnwar dh sumbat siapa dalam kurungan tanpa lalui proses mahkamah?
Bro, madey jatuhkan najib sbb dia curi duit rakyat kongsi ngan Jho low. Anwar madey nak jatuhkan sbb dia kata Anwar diktator tp kalu diktator tak curi duit hanya mau tangkap perasuah nape nak ganggu dia. Atau madey mau cipta sejarah sebagai bekas PM2X jatuhkan PM2X. Ini kes lebih teruk dari jd dictator.
BalasPadamMamak ini bawa banyak masalah kepada harapan negara ini, sejak awal tentang bapa kemerdekaan, awal awal lagi sampai dibuang, diambil kembali, sampai pegang kuasa 22 campur 22 pun tidak puas hati,semua timbalan dia semua tak betul, musa hitam, ghafar baba, Anwar Ibrahim, Pak Lah, last sekali sampai sekarang semua tak betul saja, semua korupsi kecuali dia, dia terbaik Salam dunia, kah kah kalau Masih lah Melayu percaya cakap mamak ini maka hancur Melayu sebab mamak ini hasad dengki keturnan DKK kesumat kah kah kah susah layan orang nak mampooos lambat pulak nak mampooos
BalasPadam