Rabu, 15 Mac 2023

BANJIR MAKIN REDA



 

Jumlah mangsa banjir Johor terus menurun


KEADAAN banjir di Johor beransur pulih dengan jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) terus menurun malam ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan setakat 8 malam ini jumlah mangsa di 119 PPS di tiga daerah negeri itu berkurang kepada 37,503 orang berbanding 38,456 orang petang tadi.

“Mangsa teramai adalah di Batu Pahat iaitu 37,114 orang, diikuti Muar (211), Segamat (154) dan Tangkak (24),” menurut kenyataan itu.

JPBN berkata dua sungai di Batu Pahat melepasi paras bahaya iaitu Empangan Bekok di Sungai Bekok yang kini pada paras 19.39 meter (m) dan Sungai Senggarang di Senggarang dengan bacaan 3.62m, manakala Sungai Muar di Bukit Kepong, Muar mencatatkan bacaan 3.33m.

Terdahulu, banjir yang melanda Melaka dan Pahang sejak awal bulan ini pulih sepenuhnya. – Bernama, 14 Mac, 2023



Situasi banjir di Johor semakin baik


SITUASI banjir di Johor semakin menunjukkan tanda pulih dengan jumlah mangsa terus berkurangan kepada 36,086 orang setakat 8 pagi ini berbanding 37,503 orang direkodkan pada 8 malam tadi. 

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menerusi kenyataan memaklumkan sebanyak 10,157 keluarga masih ditempatkan di 116 pusat pemindahan sementara di empat daerah.

“Batu Pahat mencatatkan mangsa teramai iaitu 35,849 orang diikuti Muar (111), Segamat (102) dan Tangkak (24),” menurut kenyataan itu.

JPBN memaklumkan dua sungai di Batu Pahat masih melepasi paras bahaya iaitu Empangan Bekok di Sungai Bekok setinggi 19.24 meter dan Sungai Senggarang di Senggarang setinggi 3.58 meter. 


Cuaca diramalkan cerah di kesemua 10 daerah pada pagi ini. – Bernama, 15 Mac, 2023.

KERJA MEMBERSIH

AKAN BERMULA

AMIN

INI BUKAN

KERJA SENANG

AMIN

BANTUAN TENAGA

WAJIB SAMPAI

AMIN

SAPA ADA MASA

ADA TENAGA

ADA MODAL

SILA DATANG

 BANTU

AMIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan