Selasa, 21 Mac 2023

BANJIR MAKIN REDA


3 PPS ditutup, jumlah mangsa banjir Batu Pahat terus menurun

JUMLAH mangsa banjir di Batu Pahat terus menurun kepada 7,972 orang setakat jam 8 malam ini, berbanding 8,650 yang direkodkan pada jam 4 petang tadi susulan penutupan tiga pusat pemindahan sementara (PPS). 

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), memaklumkan, PPS yang ditutup adalah Sekolah Agama Kangkar Merlimau, Sekolah Kebangsaan (SK) Air Hitam dan Felcra Sri Wangi. 

Menurut JPBN, penutupan PPS tersebut menjadikan keseluruhan 44 PPS yang menempatkan 2,299 keluarga masih beroperasi, setakat ini. 

“Tiga PPS yang menempatkan jumlah mangsa tertinggi adalah SK Seri Aman (552), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Li Chun (522) dan Dewan Orang Ramai Parit Yaani (437),” menurut jawatankuasa itu dalam satu kenyataan malam ini

Sebanyak tiga sungai di Batu Pahat masih berada pada tahap amaran iaitu Empangan Bekok di Sungai Bekok (19.12 meter), Empangan Sembrong di Sungai Sembrong (11.27 m) dan Sungai Senggarang di Senggarang (3.28 m). 

Cuaca di lapan daerah diramalkan mendung malam ini manakala Johor Bahru hujan dan cuaca baik di Kluang.– Bernama, 20 Mac, 2023.

BANJIR DAH

REDA

AMIN

TAPI MASIH ADA

7000+++ YANG

BELUM PULANG

KE RUMAH

AMIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan