Terengganu larang wakil rakyat, aktivis ceramah di masjid tanpa tauliah
SEMUA wakil rakyat kini dilarang menyampaikan ceramah, kuliah dan ajaran agama di semua masjid dan surau di Terengganu, tegas pihak berkuasa agama negeri.
Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menyebut, wakil rakyat berkenaan juga tidak dibenarkan bertindak sebagai khatib dan imam solat Jumaat.
Selain itu, larangan tersebut juga dikenakan ke atas semua pemimpin dan aktivis parti.
Pengecualian bagaimanapun dibuat ke atas pemegang tauliah mengajar atau dengan kebenaran Maidam, kata Yang Dipertua Maidam Shaikh Harun Shaikh Ismail.
Menurutnya, ketetapan itu dibuat bagi melaksana perintah sultannya Sultan Mizan Zainal Abidin.
Shaikh Harun berkata, baginda dukacita kerana terdapat pihak mencemar kesucian rumah ibadat berkenaan dengan menyampaikan ceramah berunsur politik.
Larangan itu terkandung dalam satu kenyataan media beliau hari ini. – 3 Mac, 2023.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan