Rabu, 15 Mac 2023

GUANG ENG TAK BIJAK


Guan Eng beri tempoh seminggu lagi untuk Muhyiddin mohon maaf

PENGERUSI DAP Lim Guan Eng memberi tempoh seminggu lagi Muhyiddin Yassin untuk menarik balik dan memohon maaf atas kenyataan didakwa fitnah yang diulangi bekas perdana menteri itu.

Beliau juga mempelawa Muhyiddin mengemukakan tawaran ganti rugi atas kenyataan didakwa mencemar reputasi dan mengguris perasaannya itu.

Beliau memberi tempoh tujuh hari kepada Muhyiddin untuk memenuhi tuntutan berkenaan sebelum memulakan saman ke atas ahli Parlimen Pagoh tersebut.  

Tuntutan itu ekoran siri kenyataan Muhyiddin yang mempertahan kenyataan asal yang didakwa fitnah tersebut.

Kenyataan asal Muhyiddin di Facebook pada 11 Mac yang menuduh Lim membatalkan pengecualian cukai ke atas syarikat pegangan Yayasan Albukhary.

Yayasan tersebut salah satu firma yang terkait dengan kes penyelewengan RM232.5 juta yang dihadapi presiden Bersatu itu.

Muhyiddin dalam kenyataan itu mendakwa yayasan berkenaan menerima pengecualian cukai ketika beliau menjadi perdana menteri.

Dalam kenyataan itu, Muhyiddin seterusnya mendakwa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) enggan melaksana pengecualian cukai selepas PH mengambil alih Putrajaya.

Malah, LHDN juga mengenakan 45% cukai penalti ke atas yayasan itu, dakwanya.

Muhyiddin mendakwa Lim bertanggungjawab ke atas keputusan tersebut, selain menggariskan yayasan itu sebagai “pertubuhan yang melakukan kerja-kerja amal Islam”.

Lim pada tarikh tersebut memberikan tempoh sehingga hari ini untuk Muhyiddin memohon maaf dan menarik balik kenyataan berkenaan.

Beliau seterusnya merujuk kenyataan Muhyiddin kepada pemberita pada 12 Mac yang menyebut bekas perdana menteri itu tidak akan menarik balik tuduhan berkenaan dan enggan memohon maaf.

Lim dalam tuntutan melalui peguam dari tetuan Guok Partnership berkata, siri dakwaan itu hanya direka untuk mengalihkan perhatian dari kes mahkamah dihadapi Muhyiddin.

Katanya, siri kenyataan Muhyiddin antara lain menggambarkan beliau menyalahgunakan kuasa dengan mengeluarkan arahan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi tindakan ke atas yayasan tersebut.

Tambahnya, kenyataan Muhyiddin juga menggambarkan beliau seorang rasis, anti-Melayu dan anti-Islam kerana mensasarkan Yayasan Albukhary.

Ia juga menggambarkan Lim gagal menyelia pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri yang didakwa enggan memberi pengecualian cukai ke atas yayasan itu, katanya.

Lim juga berkata, Muhyiddin selaku bekas perdana menteri sepatutnya lebih berhati-hati dan tidak membuat kenyataan yang meniup sentimen perkauman.

“Kenyataan anda bertujuan dan diperkirakan untuk mengguris dan merosakkan imej anak guam kami sebagai ahli politik dan bekas menteri kewangan.”

Lim juga mendakwa, kenyataan Muhyiddin menggambarkan beliau melakukan jenayah dan serius dengan kenyataan yang tidak benar tanpa bukti.

Walhal, tuduhan dihadapi Muhyiddin sebaliknya menyangkal dakwaan bekas perdana menteri tersebut, kata Lim. – 15 Mac, 2023.

GUAN ENG CHINA

MUHYIDIN MELAYU

AMIN

CHINA PAKSA 

MELAYU MINTA 

MAAF

AMIN

GUAN ENG BEBAL

POLITIK

AMIN

POLITIK ADALAH

PERSEPSI

BUKAN 

SALAH BENAR

AMIN

ORANG MELAYU

AKAN LIHAT

CHINA NAIK

TOCANG BULI

PEMIMPIN MELAYU

AMIN

PKR JUGA DAPAT

NAMA BURUK

KERANA DILIHAT

ALAT CHINA

AMIN

INILAH HAKIKAT

POLITIK MALAYSIA

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

  1. Enche' TT, ko kata ini adalah realiti politik di Malaysia di mana kebenaran tidak dipedulikan. Jadi ko pun kata Lim Guan Eng tu bodoh gi saman Mat Sembab kerana Lim Guan Eng tak akan menang. Manakan boleh kepimpinan Melayu kalah kepada apek cina. Jadi sebenarnya bukan Guan Eng bodoh tetapi orang Melayu ysng telah diperbodohkan oleh peminpin mereka yang boleh melakukan apa saja kerana peminpin ini tahu apa pun tidak kira salah atau dusta, orang Melayu yang mudah diperbodohkan itu akan sokong peminpin mereka yang munafiq itu. Kerana itu juga peminpin Melayu boleh menyakau sesuka hati dan mereka akan dipertahankan, ianya lebih kuat disokong bila peminpin mereka itu memberi secebis 'suapan' kepada mereka sebagai ole-ole kononnya sebagai tanda keprihatinan kepeminpinan mereka itu.
    Sesungguhnya perlu timbul seorang peminpin Melayu yang benar-benar bijaksana untuk membawa orang Melayu keluar dari memelut diperbodohkan dan tidak berani bersaing dalam aras yang sama dalam masyarakat itu sendiri apatah lagi dalam. masyarakat antarabangsa.

    BalasPadam