Isnin, 20 Mac 2023

HADI PANGGIL ANWAR MAT FASIK

 



Pemimpin fasik, tak adil tunggu masa untuk jatuh – Hadi


KUALA LUMPUR – Presiden Pas menyifatkan tindakan zalim dengan mengheret dalam kalangan mereka yang dianggap lawan ke mahkamah secara terpilih sehingga digali habis-habisan bagi mencipta kesalahan.

Abdul Hadi Awang berkata, kemudiannya mereka bertindak menghentikan perjalanan mahkamah terhadap kawan yang akrab atau penyokongnya walaupun sudah layak diheret ke mahkamah dan sedang dalam proses perbicaraan.

Kata beliau, ketika dibawakan bukti secara bertali arus dan belum selesai proses perbicaraannya tiba-tiba kes tersebut dihentikan.

“Islam menggalakkan penyelesaian secara damai tanpa melalui prosedur mahkamah yang terdapat banyak syarat dan adabnya supaya tidak terdedah kepada berlakunya kezaliman melainkan kalangan mereka yang dipelihara Allah dengan hidayah-Nya.

“Hanya perkara yang benar-benar layak dibawa ke mahkamah sahaja yang diambil tindakan kehakiman.

“Kadang-kadang, nasihat yang benar dianggap salah kerana mempertahankan kezaliman yang nyata,” katanya tulisan terbaharunya Minda Presiden hari ini.

Menurut Abdul Hadi, nasihat yang diberikan bagi membetulkan kesalahan dan menginsafkan golongan yang zalim adalah kewajipan orang-orang yang beriman khususnya apabila perkara yang berkait dengan tugas melaksanakan amar makruf dan nahi munkar menjadi suatu perkara larangan.

Katanya, semua itu boleh berlaku berpunca daripada pelantikan pemimpin yang bersifat dengan perkara yang telah dinyatakan amarannya oleh Rasulullah SAW.

Beliau berkata, Ibn Khaldun ada menegaskan, masyarakat madani yang bercirikan kezaliman maka kerajaannya sedang mengalami tanda-tanda akan ditamatkan ajal bukan tanda kekuatan.

Malah, ujarnya, orang yang zalim itu tetap boleh ditamatkan riwayatnya walaupun mereka seorang yang paling kaya dan kuat bala tenteranya.

“Seseorang pemimpin wajib bersifat adil dengan meletakkan sesuatu pada tempatnya yang betul, tidak bersifat fasik. Fasik bermaksud melakukan dosa besar atau dosa kecil secara berterusan serta tidak bermaruah tinggi, beriman dan budiman.

“Bahkan, Nabi Muhammad SAW telah memberi amaran akan berlaku perkara buruk kepada umatnya khususnya apabila mereka melantik pemimpin daripada kalangan penipu dan pembohong kerana kedua golongan itu bersifat fasik..

Jelas Abdul Hadi lagi, Rasulullah SAW juga memberikan amaran sifat negatif akan berlaku kepada  mereka yang bertaraf pemimpin yang telah dipilih oleh manusia.

Katanya, kadang-kadang ia berlaku tanpa disedari kerana ditutup oleh penipuan khususnya pada zaman kini yang mengandungi banyak media fasik yang menyebarkan maklumat salah ‘sehingga memenuhi ufuk’.

“Kita juga sedang mengalami akibat pelantikan pemimpin bersifat dengan pelbagai sifat yang dilarang oleh Rasulullah SAW iaitu melakukan pembohongan yang berulangan, penipuan yang kerap kali berlaku dan janji yang tidak ditunaikan.

“Ada kalangan yang dinamakan ‘Amanah’ tetapi tidak bersifat amanah sebenar. Mereka melantik orang fasik seperti pelantikan yang dilakukan melalui rasuah, janji manis yang menggoda dan pelbagai lagi godaan menarik nafsu cinta akan dunia dan lupa akan akhirat,” katanya.

WOIT

TUAN HAJI

SUDAH MARAH

AMIN

TUAN HAJI 

TAK FAHAM

PMX GELABAH

PASAL TUAN AJI

KATA PARTI DIA

LAWAN QURAN

KAH KAH KAH

FASIK INI APA

TUAN AJI

AMIN

FASIK  CAKAP

MELAYUNYA APA?

KAH KAH KAH

KHALAS

4 ulasan:

  1. https://sintrabloguecintia.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. Minyak sudah taruh, api sudah cucuh, asap sudah kepul kepul saat mola bakar marak tunggu masa saja lagi.

    Lim Kit Siang sudah bersuara mencuit taikun Melayu' Syed Mokhtar dan barua nya Nazri Duta negara ke USA pun sudah beri kata dua..

    Kaum Cina DAP@PAP LeeKwanYew sedang tepok tangan lihat lagi drama Melayu' akan dibatuapikan dann dilaga laga kan. lagi sekali. Ingat angkara sekor Jho Low sedang ketawa terbahak bahak tengok sesama Melayu' berbunuhan sampai sekarang Jho Low bebas kaya raya... Cukup cukup lah Melayu' kena bodoh bangang kan oleh kaum DAP@LeeKwanYew ini..

    Insaflah wooii...!!

    https://www.thecoverage.my/3478/kit-siang-says-mahathir-financial-scandals-cost-malaysia-rm100-billion-demands-an-rci

    Hah tepokkk..!!

    Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. ketika memegang jawatan Perdana Menteri sebelum ini, Mahathir memperlekeh orang Melayu dengan melabelkan sebagai malas.

    “Masa ada kuasa 22 bulan, perlekeh dan hina orang Melayu, kata orang Melayu malas. Bila sudah tidak ada kuasa, sudah kalah teruk dan hilang deposit dalam pilihan raya, nak tunjuk konon dialah yang paling prihatin kepada orang Melayu.

    Lim Kit Siang Kata Skandal Kewangan Mahathir Kos Malaysia RM100 Bilion & Tuntut RCI.
    portal KiniBiz membawa laporan "Syed Mokhtar mengintai Malaysia Airlines" oleh Jose Barrock, melaporkan bahawa Syed Mokhtar Albukhary mencadangkan kepada kerajaan persekutuan untuk mengambil alih cabang pelaburan negara, kepentingan ekuiti 69.3 peratus Khazanah Nasional Berhad dalam Malaysia Airlines yang termasuk sebagai sebahagian daripada perjanjian subsidi bahan api jangka panjang oleh kerajaan selama 60 tahun.

    Lim Kit Siang berkata kita perlu membuka semula siasatan bukan sahaja mengenai skandal forex Bank Negara RM30 bilion pada 1992, perlu ada Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai kerugian RM100 bilion yang dialami negara dalam skandal kewangan Mahathir 22 tahun. Sekarang Kit Siang sudah bersuara Dan mula menuntut RCI Atas Kerugian Forex Bank Negara dilakukan segera.

    Melayu' kena pandai memilih biarkan barua barua DAP@LeeKwanYew ini iaitu Tun Mahathir dan Brother Anwar Bin Ibrahim bercakaran dan berbunuhan sekarang ini.

    BalasPadam
  3. Fasik nie fuck sick?

    BalasPadam
  4. Hahahaha. Ni sebenarnya dah jadi lawak pulak. Mula tu aku teruja jugaklah hang Hadi awang pendekar marang ni sound, tapi dah segala macam dia bubuh ni dah dipanggil meroyan....sebab Hadi tak payah susah-susah guna perkataan Arab ataupun ayat Al Quran banyak2.
    Hadi cuma perlu kata Anwar ni kafir saja. Senang nak paham. Tapi persoalannya Hadi berani ke? Takat bersilat lidah, keling minum todi selalu dah dok buat ..kahkahkah

    BalasPadam