Ahad, 19 Mac 2023

HAMZAH AKAN DI DAKWA ?


Hamzah kecam kenyataan Anwar orang miskin boleh diupah adakan protes

KENYATAAN Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang rakyat miskin boleh diupah untuk mengadakan demonstrasi adalah “mengarut” dan hanya akan menimbulkan kemarahan golongan muda, kata Hamzah Zainuddin.

Ketua pembangkang itu berkata komen Anwar itu menghina rakyat miskin dan tidak sepatutnya dibuat.

“Kenapa mesti dia bawa hal orang miskin yang akan diupah. Saya rasa ini menjadi satu masalah besar dalam negara ini bila pemimpin yang mula berkecamuk fikirannya dengan membuat cerita yang bukan-bukan.

“Dia beranggapan orang miskin ini boleh diupah buat apa sahaja, diupah buat demonstrasi,” kata setiausaha agung Perikatan Nasional itu dalam video yang dimuat naik di media sosialnya.

Beliau berkata cara pemikiran Anwar tidak boleh diterima di negara ini.

Anwar memberitahu media beliau seluruh mengarahkan seluruh pasukan keselamatan berjaga-jaga kerana pihak yang berasa tercabar dan “terdesak” mungkin mengupah rakyat miskin untuk menimbulkan kekacauan.

Hamzah berkata Anwar sebaliknya perlu mencari jalan untuk menyelesaikan masalah dihadapi golongan miskin melalui bantuan kerajaan.

“Cari jalan lain untuk selesaikan masalah, bukan menuduh perkara yang bukan-bukan. Ini boleh menyebabkan anak muda lagi marah.

“Dengan menuduh orang miskin boleh diupah buat demonstrasi jalanan juga boleh menyebabkan orang miskin lagi marah.

“Mereka sekarang makan pun susah, takkan nak suruh bagi upah macam tu (demonstrasi). Mereka sekarang ini nak cari rezeki, macam mana boleh bantu anak, bini dan keluarga,” katanya. – 19 Mac, 2023.

WOIT

HAMZAH NI

TAIKO BERSATU

KAH KAH KAH

LEPAS CAKAP 

INI APAKAH

HAMZAH AKAN

DI CEKAU SPRM?

KAH KAH KAH

SERANG DULU

SEBELUM 

DISERANG

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan