Ahad, 5 Mac 2023

HAMZAH BUAT SILAP



Kerajaan beri tekanan kepada Bersatu dengan sasarkan pemimpin, kata Hamzah

KERAJAAN memulakan pemburuan politik terhadap Bersatu termasuk menangkap bendaharinya, kata setiausaha agung parti Hamzah Zainudin.

Hamzah menambah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mempunyai alasan kukuh untuk menahan reman bendahari Mohamed Salleh Bajuri.

Beliau juga berkata kerajaan sedang dalam misi mencari kesalahan parti dan pemimpinnya.

“Sebenarnya tiada sebab yang munasabah untuk SPRM memohon penahanan reman Mohamed Salleh Bajuri atas alasan siasatan kerana beliau sentiasa hadir dan sentiasa memberikan kerjasama sepenuhnya setiap kali diperlukan.

“Bersatu berpendirian bahawa tahanan reman ke atas Mohamed Salleh adalah sebahagian daripada tekanan yang diberikan kepada pegawai dan pemimpin Bersatu untuk mencari kesalahan yang tidak wujud,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Salleh ditahan semalam dan direman dua hari oleh SPRM bagi membantu siasatan berhubung penggunaan dana parti.

Hamzah berkata kerajaan juga sedang menyiasat vendor Bersatu.

“Penyata kewangan Bersatu diaudit setiap tahun dan diluluskan dalam persidangan agung tahunan. “Tidak ada apa-apa perkara tidak teratur ditemui dalam penyata kewangan tersebut yang disahkan oleh juruaudit bertauliah.

“Salleh seorang bendahari agung yang beramanah dan berintegriti memastikan semua perolehan yang dibuat Bersatu telah melalui proses dan tatacara kewangan parti,” katanya. 

Ahli Parlimen Larut itu berkata kerajaan mesti menerima hakikat kepimpinan tertinggi Bersatu tidak melakukan sebarang kesalahan di bawah undang-undang.

Sebelum penahanan Salleh Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan didakwa atas tuduhan rasuah.

Bulan lalu SPRM juga merekodkan kenyataan Presiden Bersatu dan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin berhubung siasatan berterusan ke atas akaun bank beku parti itu. – 4 Mac, 2023.

HAMZAH BUAT

SILAP

KAH  KAH KAH

MASA BERKUASA

JUMPA PEMIMPIN

PEMBANGKANG

SENYUM SANA

SALAM SINI

KAH KAH KAH

SEKARANG TAKDA

KUASA BARU

SEDAR

KAH KAH KAH

BILA MUSUH

JATUH WAJIB 

DIPIJAK BAGI

TAMAT TERUS

KAH KAH KAH

IKUT CARA

SULTAN MELAKA

 BUNUH MUSUH

RUMAH BUANG

KE LAUT 

KHALAS 

AKAN DATANG

HAMZAH SENDIRI

AKAN KENA

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan