Khamis, 23 Mac 2023

HUKUM MATI UNTUK RASUAH

 



Hukuman mati mandatori, penjara sepanjang hayat dihapus


KUALA LUMPUR – Hukuman penjara sepanjang hayat sebagai alternatif kepada hukuman mati mandatori akan digantikan dengan hukuman alternatif baharu.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi)  Azalina Othman Said, hukuman penjara sepanjang hayat dimansuhkan sepenuhnya dalam semua undang-undang.

Pesalah terbabit sebaliknya akan dikenakan hukuman alternatif baharu iaitu penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali.

Azalina berkata, dasar baharu itu dipersetujui dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Mac lalu.

Hukuman mati dimansuhkan bagi kesalahan-kesalahan yang tidak menyebabkan kematian melainkan tiga kesalahan iaitu Seksyen 121 dan 121A Kanun Keseksaan dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952; dan

Turut dipersetujui Rang Undang-Undang (RUU) baharu bagi membolehkan hukuman mati atau hukuman penjara sepanjang hayat yang telah dikenakan disemak semula oleh Mahkamah Persekutuan.

RUU itu akan melibatkan 957 orang banduan hukuman mati dan banduan sepanjang hayat yang telah menghabiskan proses rayuan di mahkamah sebelum ini.

“Dalam hal ini, Kerajaan akan membuat bacaan kali yang pertama bagi RUU Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 dan RUU Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 pada hari Isnin, 27 Mac nanti.

“RUU Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 dijangka akan memberi kesan kepada 476 orang banduan hukuman mati yang belum menghabiskan proses rayuan, sama ada di Mahkamah Rayuan ataupun Mahkamah Persekutuan.

“Hal ini disebabkan, hukuman alternatif kepada hukuman mati mandatori akan bersifat ke belakang,” kata Azalina di Dewan Negara.

Beliau menjawab soalan Datuk Wira Koh Nai Kwong yang meminta Perdana Menteri menyatakan apakah status terkini inisiatif Kerajaan untuk mengkaji semula cadangan untuk melaksanakan hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori bagi pelbagai kesalahan.

Azalina berkata, pindaan perundangan yang melibatkan polisi penghukuman dan hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori merupakan perubahan positif kepada sistem keadilan jenayah di Malaysia supaya lebih holistik dan inklusif.

Ini demi manfaat bersama selain tidak menafikan hak asasi individu untuk mendapat keadilan sewajarnya.-

TEORINYA

HUKUM MATI

UNTUK TAKUTKAN

PENJENAYAH

AMIN

MAKA KENAPA

RASUAH DAN

SALAH GUNA KUASA

TAK DIKENAKAN

HUKUM MATI

AMIN

INI JALAN TERBAIK

ELAK RASUAH

AMIN

SAMA SEPERTI

CARA TERBAIK

LAWAN DADAH

AMIN

KHALAS

2 ulasan:

  1. Setakat hukuman saja tak guna, kena nampak kena tengok macam Indonesia buka baju buka seluar khalayak ramai, malu ibu bapa keluarga isteri anak sampai i tujuh keturunan akan ingat, kah kah boleh kah buat atau kena tanya Hj Hadi bin Awang atau tan sri kah kah kah siapa lebih pandai bab rasuah curi, mesti lah Bossku top One sekarang kah kqh

    BalasPadam
  2. Wow kalau macam ITU ramai orang Kita kena berbaris panjang, bagi pun tembak terima pun tembak sekali senang kah kah kah

    BalasPadam