Sabtu, 25 Mac 2023

INDON SEDARA KITA


5 pegawai Jabatan Imigresen Sabah ditahan disyaki seludup pendatang

SERAMAI sembilan individu termasuk lima pegawai penguat kuasa, ditahan dalam operasi khas SPRM bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam ‘Op Lancar’, kerana disyaki terlibat dengan sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin di Sabah, pada Khamis lepas.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, lima penguat kuasa berkenaan termasuk dua pegawai wanita, yang berusia dalam lingkungan antara 30 hingga 41 tahun, ditahan pada kira-kira 2.30 petang hingga 8.40 malam.

Menurut SPRM, empat lagi suspek yang dipercayai ejen pendatang tanpa izin dari negara jiran, terdiri daripada tiga wanita tempatan dan seorang lelaki, berusia antara 37 hingga 73 tahun, ditahan pada 3.30 petang hingga 6 petang hari berkenaan.

“Modus operandi sindiket itu, setiap pendatang tanpa izin atau Pemastautin Sementara yang tidak memiliki dokumen lengkap atau mempunyai sekatan, perlu membayar sekitar RM2,500 kepada ejen pendatang jika ingin keluar dari Sabah melalui Lapangan Terbang Tawau.

“Sindiket ini kemudiannya akan membekalkan MyKad tulen dan pas masuk menaiki pesawat di atas nama pemilik asal MyKad, kepada kumpulan pendatang tanpa izin menggunakan khidmat mereka,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan pendatang tanpa izin dari negara jiran, kemudian akan melepasi pemeriksaan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Tawau dan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2), selepas bayaran rasuah dibuat kepada pegawai penguat kuasa berkenaan.

Selain itu siasatan SPRM turut mendapati, bagi setiap penerbangan ke KLIA2, ejen akan membawa masuk antara lima hingga 20 pendatang tanpa izin, dan sindiket ini dipercayai sudah beroperasi sejak 2018.

Hasil operasi itu, SPRM telah merampas beberapa barangan seperti telefon bimbit, kad pengenalan Malaysia milik individu lain dan cop keluar Sabah yang lengkap dengan nombor siri.

Seramai 12 pendatang tanpa izin yang didapati memasuki negara menggunakan sindiket terbabit, turut ditahan oleh JPN dalam operasi itu. 

Sementara itu, Jabatan Imigresen dalam kenyataan berasingan hari ini mengesahkan, lima pegawai Jabatan Imigresen Sabah ditahan SPRM pada Khamis lepas, kerana disyaki terlibat dalam kegiatan sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin.

Ketua Pengarahnya Ruslin Jusoh berkata jabatan itu, menyerahkan kepada SPRM untuk melakukan siasatan dan pihaknya bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya dengan telus dan adil.

“Jabatan Imigresen tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawainya yang melakukan pelanggaran integriti, sehingga mencemarkan nama baik dan imej jabatan serta tidak akan melindungi mereka yang terlibat dalam aktiviti tidak berintegriti.

“Tindakan dan hukuman yang serius akan diambil, termasuk buang kerja jika pegawai yang melakukan kesalahan terbukti bersalah. Imigresen sentiasa serius dan komited dalam memastikan tahap integriti pegawai imigresen, berada di tahap maksimum,” katanya.

Pada masa yang sama, Jabatan Imigresen juga bersedia bekerjasama erat dengan agensi lain termasuk SPRM, dalam usaha memerangi penyeludupan pendatang tanpa izin. – Bernama, 25 Mac, 2023.

 

WOIT

KALAU DARI

CHINA MERAH

DARI NIGERIA

WAJIB DITANGKAP

AMIN

KALAU DARI 

INDON RELAK LA

MEREKA SEDARA

KITA

AMIN 

TAK CAYA TANYA

 USTAD BADRULAMIN 

DARI MANA 

DIA DATANG

KHALAS

1 ulasan:

  1. Kalau saudara ok ? Najib bagi projek kerajaan kepada saudara jangan marah jangan kata rasuah kah kah saudara terdekat teman tidur bagi beg berlian jangan kata rasuah, TT cakap kalau saudaranya tak apa kena

    BalasPadam