Jumaat, 17 Mac 2023

INI SUNAH ISLAM ATAU SUNAH MELAYU


MUDA bantah JAIS larang umat Islam sertai program rumah ibadat lain

KUALA LUMPUR – Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahmah tidak bersetuju dengan peraturan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melarang program melibatkan umat Islam di rumah ibadah agama lain.

Ahli Parlimen Muar itu berkata, program dan usaha untuk menyemarakkan lagi keharmonian dan kesefahaman antara rakyat seharusnya disambut dengan baik oleh semua pihak di semua peringkat.

Ini kerana Malaysia merupakan negara yang mempunyai masyarakat yang majmuk, berbilang bangsa dan agama.

Katanya, selama ini ahli MUDA yang terdiri daripada pelbagai latar belakang tidak pernah mempunyai masalah untuk bekerjasama dalam program kemasyarakatan yang diadakan.

“Ahli MUDA tidak kira apa agama atau bangsa sama-sama membersihkan masjid, tokong, kuil, gereja, gurdwara dan lain-lain tempat ibadah ketika kerja-kerja pembersihan banjir.

“Saya yakin untuk yang beragama Islam, iman mereka sedikit pun tidak terjejas sehingga hendak menukar agama,” kata Syed Saddiq.

Malah menurut bekas Menteri Belia dan Sukan itu, beliau telah banyak kali melawat rumah ibadah penganut agama lain.

Beliau menegaskan tidak pernah melihat ada agenda untuk menjejaskan agama Islam di negara ini.

“Saya dijemput kerana saya mewakili rakyat saya tanpa perlu peduli apa agama mereka, apa bangsa mereka, dan apa fahaman politik mereka. Kebajikan mereka adalah tanggungjawab saya.

“Justeru itu, saya ingin bertanyakan adakah enakmen ini akan dipakai kepada pemimpin-pemimpin besar negara juga sekiranya mereka melawat ke rumah-rumah ibadah ini?

“Malaysia teguh kerana perpaduan dan dengan perpaduan ini datangnya kemakmuran,” katanya dalam kenyataan.

Sebagai Presiden MUDA, beliau menyeru lebih daripada 100,000 ahli MUDA untuk melawat mana-mana rumah ibadah.

Syed Saddiq mengulas kenyataan Exco Selangor Mohd Zawawi Ahmad Mughni pada 14 Mac lalu.

Mohd Zawawi berkata, peraturan telah menetapkan bahawa sebarang program melibatkan umat Islam di rumah ibadah agama lain selain dari Rumah Ibadah Islam adalah dilarang sama sekali.

Pihak JAIS sentiasa memantau dan akan mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang melanggar peraturan Seksyen 5 dan Seksyen 6 Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor 1988.

WOIT

INI AJARAN

ISLAM KE

ATAU AJARAN

POLITIK MELAYU

AMIN

INI SUNAH ISLAM

ATAU

SUNAH MELAYU

KHALAS

SAJE TANYA

KERANA IMAM

AL-AZAHAR JUGA

ADA MASUK VATICAN

JUMPA POPE

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

  1. Ini cara pecah belah rakyat, senang cerita guna kaedah British penjajah, ada kelas aristro kelas tengah kelas bawah, sapa nak join kelas syurga kena ikut, sapa nak join kelas neraka boleh jugak, tapi ITU suka hati masing, tak ada paksa tak ada sogok tak ada rasuah, kah kah kah jangan paksa, tak payah datang rumah orang, kalau tak sudi tak suruh datang pun, buat apam sendiri makan sendiri, jangan nak rasa makanan lain kah kah kah, orang Bodoh senang ajar, kalau orang berlakon Bodoh susah beb, kah kah kah buang masa layan orang orang sewaktu Hadi Awang buang masa buang tenaga kah kah biar orang Marang saja jadi Bodoh selamat dengan teh tarik perfume kah kah kah

    BalasPadam