Jumaat, 10 Mac 2023

JOHOR MASIH BANJIR



Jumlah mangsa banjir meningkat di Johor


Jumlah mangsa banjir di Johor kembali meningkat, di Pahang kekal tidak berubah manakala Melaka merekodkan penurunan setakat 8 pagi ini.  

Di Johor, bilangan mangsa banjir kembali meningkat kepada 45,218 orang, berbanding 43,856 orang yang direkodkan pada 8 malam tadi, dengan jumlah keseluruhan pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih beroperasi di enam daerah adalah 174, setakat ini.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Batu Pahat menjadi daerah paling teruk terjejas dengan 38,134 orang dipindahkan, diikuti Muar melibatkan 3,661 mangsa dan Tangkak 2,073 orang. 

Sembilan sungai masih melepasi aras bahaya antaranya, Sungai Batu Pahat di Empangan Bekok (Batu Pahat) yang kini berada pada paras 19.79 meter (m); Empangan Sembrong di Sungai Sembrong (Batu Pahat) pada paras 12.01m dan Sungai Muar di Bukit Kepong (Muar) dengan bacaan 4.63m.

Cuaca diramalkan cerah di lapan daerah pagi ini, kecuali Mersing dan Kluang  yang dijangka hujan.

Di Pahang, aplikasi InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat melaporkan jumlah mangsa banjir di Rompin pagi ini masih sama seperti malam semalam iaitu 1,804 orang yang ditempatkan di 12 PPS. 

Laman web publicinfobanjir.water.gov.my pula melaporkan Sungai Keratong di Rompin kekal melebihi paras bahaya dengan trend menurun.

Di Melaka, jumlah mangsa banjir di Jasin turun kepada 448 mangsa daripada 117 keluarga pagi ini berbanding 484 mangsa daripada 126 keluarga malam tadi dan kesemua mangsa ditempatkan di lima PPS.

Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Gajah menempatkan 171 mangsa, SK Parit Penghulu (134), SK Seri Mendapat (32), SK Sungai Rambai (61) dan SK Parit Gantong (57).


BANJIR

MASIH 

MENGANCAM

AMIN

BERAWAS

BERJAGA

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan