Bekas jurubank Goldman diarah serah AS$44 juta tunai, 3.3 juta unit saham
SEBUAH mahkamah AS semalam mengarahkan bekas jurubank Goldman Sachs Tim Leissner untuk menyerahkan AS$43.7 juta (RM643.2 juta) wang tunai dan 3.3 juta unit saham dalam syarikat minuman tenaga Celsius Holdings kerana penglibatannya dalam penyelewengan dana 1MDB, lapor Bloomberg.
Bekas ketua bahagian bank pelaburan Asia Tenggara itu mengaku bersalah pada 2018 atas pertuduhan penggubahan wang haram dan rasuah. Dia dituduh bersubahat untuk mencuri dana 1MDB dan menerima rasuah lebih AS$60 juta.
Leissner adalah saksi pendakwaan dalam perbicaraan Roger Ng, seorang lagi bekas kakitangan Goldman yang terlibat dalam skandal antarabangsa itu. Ng berdepan hukuman penjara sehingga 30 tahun disebabkan peranannya yang disifatkan pendakwaan sebagai mustahak dalam konspirasi 1MDB.
Pada 2012 dan 2013, Goldman Sachs membantu menguruskan perjanjian bon untuk menjana AS$6.5 bilion untuk 1MDB. Pendakwaan berkata lebih AS$4 bilion telah dicuri oleh pegawai tertinggi kerajaan Malaysia dan kroni mereka. Jurubank di bank pelaburan AS pula membantu untuk penggubahan wang haram.
Pemilikan Celsius masih dalam pertikaian selepas Ng tahun lepas memfailkan saman menuduh Leissner “berulang kali menipu” untuk mencuri pelaburannya dalam syarikat itu.
Mahkamah semalam berkata saham Celsius itu berada di JPMorgan Chase & Co atas nama bekas isteri Leissner, Kimora Lee Simmons, menambah yang sesiapa sahaja yang mahu mencabar kepentingan perundangan dalam saham itu boleh memfailkan petisyen di mahkamah. – 4 Mac, 2023.
TT boleh kah jantan kapir laknat ni di dakwa atas cium dan jilat burit pompuan melayu Islam.. bukan 1 bukan 2 tapi 3 butir biji. 1 biji denda 10 tahun jel.
BalasPadam