Selepas Wee, pengimport telur kini ancam mahu saman Azmi
Syarikat tunggal yang diberi kontrak khas untuk mengimport telur dari India menyerang pemimpin Bersatu Mohamed Azmin Ali, mengancam untuk menyaman bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu hanya beberapa hari selepas menghantar surat tuntutan kepada Presiden MCA Wee Ka Siong.
Ancaman terbaru syarikat itu, J&E Advance Tech Sdn Bhd, hadir dua hari selepas ucapan Azmin yang mengatakan sebuah syarikat dikaitkan dengan ahli perniagaan kontroversi Deepak Jaikishan dianugerahkan kontrak itu melalui rundingan terus.
Syarikat tersebut dalam satu kenyataan yang dilampirkan bersama serangan terhadap kecenderungan politiknya, berkata Azmin terdesak “untuk mencipta suatu pengalihan dari isu bagi mengambil pendekatan ‘pintu belakang’ kegemarannya dengan menggunakan ‘lame spin’ dari suatu pengimportan telur biasa kepada satu senario palsu mengenai ‘rundingan terus’ oleh Kerajaan Malaysia untuk ‘membeli telur import’ dari kami”.
Menurut syarikat itu ia hanya mengimport telur sebagai “langkah sementara” semasa musim perayaan bagi membantu menyelesaikan kekurangan yang serius di pasaran “yang menyebabkan kami memohon kebenaran daripada kerajaan Malaysia untuk mengimport telur”.
Semakan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan dua pemegang saham dalam syarikat itu iaitu Jeena Giri dan Shahrizal Ahmad, kedua-duanya adalah pemegang saham berjumlah RM850,000.
Azmin tidak menamakan J&E Advance Tech dalam ucapannya di pusat tarbiyyah PAS di Gombak semasa majlis yang dihadiri pemimpin tertinggi Perikatan Nasional (PN) pada malam Sabtu.
Bulan lalu, syarikat yang sama menghantar surat tuntutan kepada Wee berhubung perbahasannya di Parlimen yang mempersoalkan kualiti telur dari India.
Wee berkata kiriman surat peguam itu menghairankan kerana ucapan itu dibuat atas kapasitinya sebagai wakil rakyat yang berucap di Dewan Rakyat, malah beliau juga tidak menamakan mana-mana pihak.
"Saya tidak menyebut nama tetapi saya masih kena saman," katanya.
Minggu lalu, sebuah blog mempersoalkan kaitan Deepak dalam langkah mengimport telur dari India, dan menerbitkan gambarnya bersama Mohamad Sabu sewaktu penerbangan mereka ke Chennai, India.
MalaysiaNow cuba mendapatkan maklum balas daripada Mohamad dan Deepak untuk mengesahkan gambar tersebut namun tidak berjaya.
Nama Deepak menjadi perhatian selepas mendakwa bekas perdana menteri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor terlibat dalam pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006.
Beliau juga menyaman Najib dan Rosmah atas dakwaan konspirasi yang didakwanya menyebabkan beliau mengalami kerugian.
Cara kerja sama , tak kira kerajaan apa, semua sama, semua bagi projek short cut kepada orang kenalan, kenapa cakap satu buat satu? Ini lah budaya orang politik kita? Saja tanya? Bila jadi pembangkang fuyoh bukan main berapi api ucapan demi rakyat demi negara demi semua tapi bila jadi kerajaan perangai sama, tahi masih sama busuk, entah lah nak cakap macam mana? Orang kita memang begitu kah sejak dahulu kala? Sejak kisah sejarah Melayu sampai sekarang apa yang berubah? Perangai apa begini? Mampooos sekelian manusia kita lagi bagus kah kah kah lihat kafir makan babi sekitar kita semua maju jaya kerana pemimpin mereka lebih baik, lebih telus lebih ikhlas kerja bukan macam orang kita setiap hari otak masih nak menjadi pencuri perasuah budaya Malaysia kah kah kah kah
BalasPadamni kroni bangmat ka????
BalasPadam