RoS patut henti pemilihan UMNO sehingga keputusan dua jawatan tertinggi diperoleh – Ismail Sabri
BERA – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) sepatutnya menangguhkan proses pemilihan UMNO sehingga satu keputusan diperoleh bagi permohonan usul tambahan yang diluluskan pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU 2022) berkenaan pemilihan jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan.
Menurut Naib Presiden UMNO, Ismail Sabri Yaakob, ia akan menjadi konflik sekiranya RoS mendapati usul yang diluluskan dalam PAU 2022 itu bertentangan dengan perlembagaan dan dua jawatan tertinggi parti itu mesti dipertandingkan dalam pemilihan parti.
“Sebab kalau tak, tiba-tiba dia (RoS) kata boleh bertanding. Ada yang sudah bertanding jawatan naib presiden sekarang ini mungkin nak bertanding jawatan presiden atau timbalan presiden. Tapi dia sudah hantar nama untuk naib presiden.
“Jadi, saya percaya kalau RoS nak buat keputusan sepatutnya menangguhkan pertandingan sehingga RoS membuat keputusan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Program Latihan Amal Bera Inter-Agensi dan Komuniti 2023 yang diadakan di Bera Waterfront di sini hari ini.
Sementara itu, Ahli Parlimen Bera itu memberitahu, perkara itu juga menjadi antara sebab beliau tidak mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan kali ini.
“Ia bertentangan dengan perlembagaan parti. Jadi, kalau saya tak setuju dengan perkara tersebut, tiba-tiba saya dalam parti sebagai Naib Presiden sedangkan dua jawatan itu tidak dipertandingkan.
“Seolah-olah saya bersetujulah. Jika saya menghantar bertanding untuk Naib Presiden, maknanya saya mengiktiraf jawatan itu untuk tidak dipertandingkan.
“Jadi, saya masih lagi konsisten dengan pendirian saya dan disebabkan itu saya tidak bertanding,” ulasnya.
Beliau turut menyangkal dakwaan dikatakan merajuk dan jauh hati dengan parti dan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi.
Katanya, perbezaan pandangan dalam berpolitik tidak menjejaskan hubungan baiknya dengan Ahmad Zahid sejak sekian lama.
“Bukan protes, bukan merajuk. Saya tak merajuk. Tapi saya kena konsisten dengan pendirian saya,” kata Ismail Sabri lagi.
Pada 15 Februari lalu, Ahmad Zahid memberitahu, peraturan mesyuarat dan Perlembagaan UMNO telah diikuti sepenuhnya di mana terdapat klausa 9.3 dan 9.4 dalam Perlembagaan UMNO yang telah dijelaskan kepada RoS.
Menurutnya, Perhimpunan Agung UMNO merupakan badan tertinggi UMNO maka keputusan untuk menambah usul yang telah dibentangkan itu telah diteliti oleh pihak RoS dan juga oleh kumpulan peguam parti selain Setiausaha Agung UMNO.
Maka Ahmad Zahid berkata, UMNO yakin RoS akan meluluskan usul tambahan yang diluluskan pada PAU 2022 supaya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti itu tahun ini. –
Kah kah kah penyakit susah ubat, akan terus ada sindrom polis pencen, tapi ini strategi budaya politik, masa berkuasa buntu dikepung penjilat, masa hilang kuasa kena ditinggalkan semua, kah kah kah, biasa biasa semua ini, cuma kalau dah pencen, pencen terus, jangan kacau, jangan campur, jangan belit belot kah kah kah, masalah mantan mantan bekas bekas ini masih bisa sampai sekarang Terutama PM 4 ini? Kah kah kah orang Cina kata nombor 4 sebagai nombor mati, tapi PM 4 ini hidup lama, menyusahkan semua, satu negara rosak kerana dia, kah kah kah bukan apa, takut anak beranak tak Selamat, kah kah kah
BalasPadambera oh bera..dulu bera juga yg sokong. bera juga yg blur juga ada nafsu berahi jd perdana kedua kali..tak cukup anak dan saudara memusnahkan pharmaniaga..tidak cukup memakan penyu haiwan larangan..begitu la si blur yg tidak sedar diri.terkebil2 mcm cicak termakan kapur. sarankan anwar agar keluar epf, walhal ismail bera boleh je beri wang sendiri kpd rakyat. hadi je ada rm90juta..penduduk malaysia ada 32juta org..hadi dan ismail blur bagi rm1juta tanpa usik epf..begitu la mat blur..tanpa mat blur, PH dibelenggu dgn peruntukan kawasan. begitu la zalimnya abah dinasihati oleh ulama suuk..
BalasPadam