Muhyiddin bakal ditahan, politik negara semakin panas
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin dipercayai berada dalam senarai pemimpin pembangkang yang akan didakwa dan MalaysiaNow difahamkan bekas perdana menteri itu akan ditahan dan dihadapkan ke mahkamah paling awal esok.
Setakat ini, masih belum jelas pertuduhan yang akan dikenakan terhadap presiden Bersatu itu yang mengetuai kerajaan semasa kemuncak pandemik Covid-19.
Akan tetapi desas-desus ini muncul selepas beberapa minggu pemimpin kerajaan menyerang Bersatu, disusuli dengan soal siasat terhadap pemimpin parti itu berhubung dakwaan penyelewengan yang dikaitkan dengan JanaWibawa, program pasca Covid-19 untuk membantu kontraktor Bumiputera.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga membekukan akaun bank Bersatu sehinggakan parti itu tidak dapat membayar operasi hariannya.
Pada 20 Februari, Wan Saiful Wan Jan yang juga ahli Parlimen Tasek Gelugor serta seorang lagi pemimpin parti ditahan dan didakwa SPRM.
Sebarang langkah menahan Muhyiddin dijangka akan memanaskan lagi suhu politik negara.
Pemimpin PN sebelum ini memberi amaran pentadbiran Anwar Ibrahim akan melakukan penahanan secara besar-besaran bagi memburuk-burukkan pemimpinnya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di mana lima daripadanya mempunyai jumlah pengundi Melayu yang besar.
Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) hilang undi Melayu kepada PN.
MalaysiaNow sedang menunggu maklum balas daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengenai spekulasi terbaru ini.
Soalan dari warga syurga Dan juga warga neraka..kesemuanya warga malangsia..adakah dia tercirit apabila tertangkap ? Setaun lepas asyik tercirit..la nie main golf? Apa kepundekkan nie wahai malangsia?
BalasPadammail bera tak kena pun
BalasPadamJidin ponteng Parlimen pergi main GOLF, kah kah kah wah hebat belaka orang kerja Parlimen ini ya? Mencari lubang dengan sebatang kayu hentam bola masuk perlu kepakaran bukan semua biasa boleh kah kah kah, ini lah sistem kerja kerajaan makan tanggung berak cangkung yang dipertahankan sekarang, sebaik masuk kerja kerajaan semua selesai, kah kah kerja tak kerja gaji tetap ada, ada masalah pun majority orang Kita jadi apa susah kah kah kah syukur alhamdulliah
BalasPadamSoalan penting, pakai baju mana? Baju Oren atau Baju Ahli Parlimen? SPRM pun ada dua darjat, orang biasa pakai baju Oren, orang tinggi benar pakai baju coat suit betul.kah kah kah kah
BalasPadam