Jumaat, 31 Mac 2023

NAJIB AKAN BUAT SEMAKAN SEKALI LAGI


Penghakiman berbeza beri harapan baharu kes Najib, kata Shafee


PENGHAKIMAN menentang oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abdul Rahman Sebli dalam keputusan yang menolak permohonan Najib Razak untuk menyemak semula sabitan dan hukuman kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd memberi sinar baharu kepada pihak pembelaan, kata Muhammad Shafee Abdullah.

Hakim Abdul Rahman yang mempengerusikan panel lima hakim hari ini satu-satunya hakim yang menentang keputusan majoriti 4-1 yang menolak rayuan terakhir Najib hari ini.

Shafee berkata keputusan bertentangan Abdul Rahman itu memberi kemungkinan kepada pihak pembelaan memfailkan permohonan semakan sekali lagi.

“Ada kes yang disemak lebih daripada sekali. Selagi terdapat asas untuk semakan baharu, kita boleh mohon semakan semula,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Istana Kehakiman di Putrajaya hari ini.

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 4-1 hari ini menolak usaha terakhir Najib untuk untuk dibebaskan dari sabitan kes penyelewengan dana SRC International.

Panel hakim mencapai keputusan majoriti 4-1 untuk menolak permohonan beliau untuk menyemak semula sabitan hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana itu.

Lima panel hakim yang bersidang membabitkan Abdul Rahman bersama hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Vernon Ong Lam Kiat, Rhodzariah Bujang, Nordin Hassan serta Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abu Bakar Jais.

Hakim Vernon Ong Lam Kiat ketika menyampaikan keputusan itu berkata tiada kesilapan mahkamah ketika pendengaran rayuan Najib oleh panel hakim tahun lalu.

Keputusan itu mengekalkan Najib di Penjara Kajang untuk menjalani baki tempoh pemenjaraan 12 tahun. – 31 Mac 2023. 

WOIT

LAGI SEKALI BUAT

SEMAKAN

LAGI SEKALI 

MASYUUK

KAH KAH KAH

LAGI LAMA

PENCURI NAJIB

MASYUUUK KAJANG

KAH KAH KAH

WOIT

KES 1MDB BELUM

SELESAI

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan