Selasa, 28 Mac 2023

NAMA ASAL - LAUTAN SUNDA


Tukar nama Laut China Selatan untuk pastikan kedaulatan maritim terkawal – penganalisis


KUALA LUMPUR – Malaysia harus mengambil tindakan strategik bagi memastikan kedaulatan wilayah maritim negara ini terkawal.

Penganalisis Isu Antarabangsa, Dr Danial Azman berkata, satu cara untuk melakukan usaha itu adalah dengan menukar nama Laut China Selatan kepada nama yang lebih tepat dan bermakna untuk Malaysia.


Ini kerana beliau berkata, Laut China Selatan merupakan kawasan yang penting bagi Malaysia kerana ianya merupakan laluan perdagangan antarabangsa yang penting dan kaya dengan sumber semulajadi seperti gas dan minyak.

“Namun, tuntutan wilayah maritim di Laut China Selatan menjadi kontroversi yang melibatkan beberapa negara di rantau ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Danial berkata, terdapat enam sebab mengapa Malaysia perlu menukar nama Laut China Selatan.


Pertama katanya, Nama Laut China Selatan berasal daripada sejarah yang berasal dari perspektif China.

Katanya, menurut perspektif itu, wilayah ini adalah milik mereka dan disebabkan itu, nama Laut China Selatan memberi kelebihan pada China dalam pertikaian wilayah ini sekaligus menjadi penyebab Malaysia harus mengubah nama itu untuk menghilangkan aspek sejarah yang memihak kepada China.

Kedua beliau berkata, menukar nama Laut China Selatan akan menyebabkan penghormatan kepada banyak negara yang mempunyai tuntutan dalam wilayah ini.

Ia disebabkan, tindakan itu menunjukkan bahawa Malaysia menghormati semua negara yang mempunyai kaitan dengan wilayah ini.

Bagi yang ketiga pula katanya, wilayah ini tidak boleh menjadi milik sesuatu negara sahaja dan mengubah nama Laut China Selatan akan menunjukkan bahawa Malaysia menolak tindakan China untuk menguasai seluruh wilayah ini.

“Keempat, tindakan untuk menukar nama Laut China Selatan kepada nama yang lebih tepat dan bermakna untuk Malaysia dapat memperkukuhkan imej negara ini di peringkat antarabangsa.

“Malaysia akan dilihat sebagai negara yang berani mempertahankan kedaulatan wilayah maritimnya dan menentang tuntutan wilayah maritim yang tidak berasas,” ujarnya.

Katanya lagi, nama Laut China Selatan tidak mempunyai asas undang-undang yang kukuh dan oleh itu, Malaysia perlu mengubah nama itu supaya ia mempunyai kesahan undang-undang yang kukuh.

“Menjaga hubungan diplomatik dengan negara-negara di rantau Asia Tenggara adalah penting untuk Malaysia.

“Mengubah nama Laut China Selatan akan menunjukkan bahawa Malaysia mahu menjaga hubungan baik dengan semua negara yang terlibat dalam pertikaian wilayah ini,” ujarnya.

Justeru kata beliau, secara keseluruhannya, menukar nama Laut China Selatan kepada nama yang lebih sesuai dan bersejarah adalah penting bagi Malaysia.

Selain daripada itu katanya, ia menunjukkan penghormatan kepada negara-negara yang mempunyai tuntutan dalam wilayah ini dan Malaysia menunjukkan komitmen dalam menjaga hubungan diplomatik dengan mengurus keselamatan wilayah ini secara lebih baik. – 

WOIT

PANG ANAL NI

CAKAP BETUL

AMIN

INI BAHAYA

CHINA MERAH

AMIN

JANGAN LUPA

NAMA ASAL

IALAH

LAUTAN SUNDA

AMIN

MEDIA WAJIB GUNA

DAN HEBOHKAN

NAMA SUNDA INI

AMIN

JANGAN LUPA

SEJARAH

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan