Ahad, 12 Mac 2023

PERIKATAN JADI KUAT ?



Perikatan makin kuat dengan kes Muhyiddin, kata Pemuda Bersatu


PERWAKILAN Pemuda Bersatu berpendapat pendakwaan terhadap presiden mereka Muhyiddin Yassin mampu memberi kelebihan buat parti itu dan Perikatan Nasional (PN).

Pemimpin Armada Bersatu ini percaya Muhyiddin menjadi mangsa dan kes salah guna kuasa dan mengubah wang haram RM232.5 juta itu akibat dendam politik.

Oleh itu, kes tersebut akan menarik sokongan rakyat terutamanya dalam pilihan raya di enam negeri akan datang, kata para pemimpin yang ditemui di Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu.

Antaranya ketua Armada Bersatu Johor Muhd Shamsuddin Paijan yang menjangka gabungan itu akan meraih sokongan besar disebabkan tekanan ke atas Muhyiddin.

Shamsuddin, 32 juga mendakwa, pendakwaan terhadap Muhyiddin hanyalah untuk mencalarkan imej dan kredibiliti parti tersebut.

“Isu dilontarkan kepada Muhyiddin bagi kami tak nampak beri kesan buruk tapi beri kesan besar kepada parti.

“Lagi ditekan, dikenakam pelbagai pertuduhan lagi (besar) sokongan, Melayu akan terus sokong Bersatu dan PN.

“Jelas nampak siasatan tak menyeluruh sekadar nak rosakkan nama parti dan pemimpin dan individu,” katanya ketika ditemui di Menara PGRM Kuala Lumpur.

Malah, pemimpin sayap itu juga berdiri teguh di belakang Muhyiddin sebagai presiden parti, katanya.

“Kami yakin Muhyiddin tak bersalah, pertuduhan terhadapnya tidak kukuh,” katanya.


Tak masuk akaun peribadi

Beliau berkata demikian kerana percaya wang tersebut tidak masuk ke akaun peribadi Muhyiddin seperti mana kes penyelewengan melibatkan pemimpin politik yang lain.

“Pertuduhan (pemimpin lain) nampak bukan pendakwaan terpilih kerana kesalahan masuk wang ke dalam akaun peribadi, tapi dalam kes Muhyiddin tak masuk dalam akaun peribadi.

“Tiada bukti duit masuk ke akaun Muhyiddin Yassin,” katanya.

Ketua Penerangan Armada Marang, Ahmad Sufian Daliza juga berpendapat, gelombang rakyat khususnya anak muda, semakin besar menyokong PN berikutan pendakwaan terhadap Muhyiddin.

“Orang muda boleh menilai sendiri, mereka mengikuti perkembangan semasa, boleh jadi (pendakwaan terhadap Muhyiddin akan menjadi) kelebihan kepada PN dan Bersatu.

“Tuduhan kepada Muhyiddin tak beri kesan kemerosotan sokongan anak muda kepada PN,” katanya yang turut ditemui sewaktu PAT Bersatu di ibu negara.

Katanya, butiran pertuduhan setakt ini tidak menunjukkan dana dimasukkan ke akaun peribadi Muhyiddin dan sebaliknya dana derma politik itu dimasukkan ke akaun parti.

Oleh itu, ia membuktikan pendakwaan terhadap ahli Parlimen Pagoh itu berbeza seperti dihadapi pemimpin politik lain, kata Ahmad Sufian, 29.

“Pendakwaan itu lebih kepada pertuduhan politik. Ini dendam berdasarkan politik, berbeza dengan (kes-kes) sebelum ini, kemasukan wang masuk kepada akaun peribadi.

“Tetapi dalam kes Muhyiddin wang tidak masuk akaun peribadi, jadi itu meyakinkan kami tindakan Muhyiddin selari dengan slogan PN iaitu bersih dan stabil,” katanya.

Beliau juga percaya pertuduhan terhadap Muhyiddin juga tidak melemahkan semangat ahli akar umbi namun beliau menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan.

“Kita jadi semakin bersemangat, semangat kita tidak terjejas, tetapi andai kata Muhyiddin betul-betul bersalah teruskan pendakwaan terhadap dia.

“Kita juga tak boleh sokong pemimpin yang bersalah, tidak seperti parti lawan yang mana pemimpin mereka dah didapati bersalah tetapi masih sokong,” katanya.

Sokongan anak muda PH merosot

Ahli Jawatankuasa Armada Batu Gajah, Amirul Amin Sazali, 35, pula berpendapat pertuduhan ke atas Muhyiddin mungkin disebabkan kemerosotan sokongan anak muda Pakatan Harapan (PH).

“Pertuduhan terhadap Muhyiddin tidak memberi kesan sebenarnya tetapi sebaliknya orang yang tak minat politik jadi menyampah dengan kerajaan sekarang.

“Rata-rata mana yang atas pagar ramai saya lihat mempersoalkan tindakan itu, mereka bertanya- tanya atas pertuduhan apa… Jadi, ini sebenarnya dendam.

“Momentum PN memang tengah naik, jadi mereka cuba untuk melemahkan kami,” katanya.

Ketua Penerangan Armada Padang Rengas, Mohd Nabil Shahrizan Ismail, 29, turut melahirkan rasa kecewa dengan pendakwaan terhadap Muhyiddin, yang disifatkannya pendakwaan terpilih.

Beliau melihat setiap kali kerajaan bertukar akan ada pemimpin parti lawan yang menghadapi pertuduhan.

“Tukar kerajaan ada sahaja pemimpin yang kena dakwa, sedangkan dalam kerajaan hari ini pun ada juga pimpinan yang ada kes.

“Namun begitu, di perhimpunan hari ini kita tak bangkitkan kemarahan orang, kalau dah kata ada kes dah ke mahkamah kita serahkan kepada mahkamah.

“Tapi kita rasa marah, sedih, rasa bengang juga dengan apa yang berlaku,” katanya.

Bersatu sedang mengadakan PAT mereka bermula Jumaat dan berakhir Ahad ini.

Pada masa sama, Muhyiddin didakwa di mahkamah semalam dengan empat pertuduhan salah guna kuasa dan dua tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM232.5 juta.

Beliau dituduh menerima rasuah dari empat sumber berkaitan program Jana Wibawa yang dicetuskan sewaktu menjadi perdana menteri.

Beliau juga dijangka berdepan pertuduhan baharu di Mahkamah Shah Alam esok.– 12 Mac, 2023.


WOIT

KUAT MACAM

MANA

KAH KAH KAH

MACAM BADANG

ATAU 

MACAM  TOFU

KAH KAH KAH

BERANI KLIM 

ANAK MUDA

SOKONG KUAT

KAH KAH KAH

BUKTIKAN

TURUN KE JALAN

5 RIBU 10 RIBU

20 RIBU ANAK MUDA

BERDEMO SOKONG

MUHYIDIN

KAH  KAH KAH

TAKDA DEMO

HANYA CAKAP

BERSATU KUAT

HANYA AUTA

RAMASAMY

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

  1. makin kuat temberang utk konten di tiktok demi menyemai cinta berahi parti masih kokoh dan kuat..PN masih memberi harapan palsu iaitu haji hadi akan jd perdana mentri penganti imam mahdi.muslimah2 dihidangkan dgn mulut2 busuk bersalute jubah demi islam agama PAS.ketika fitnah agama ini disebar, mana hilang menteri agama anwar. mana agamawan2 dari jakim. jakim takut nak berdepan dgn penyebar2 fitnah islam.atau pegawai2 jakim ini asal kelate tganu, gu kito, sek kito..bertukarlah kerajaan, mrk tetap dpt gaji..

    BalasPadam