Rabu, 22 Mac 2023

POLITIK DAH MASUK KE MASJID

 


Khutbah Jumaat berunsur politik, PH Kedah gesa siasatan

ALOR SETAR: Pakatan Harapan (PH) Kedah menggesa pihak berkaitan supaya menjalankan siasatan terperinci ekoran isu seorang khatib menyampaikan khutbah sehingga menyentuh unsur politik di sebuah masjid di Padang Serai, Jumaat lalu.

Pengerusinya,  Mahfuz Omar berkata, tindakan khatib berkenaan menjadikan mimbar masjid sebagai medan berpolitik kepartian adalah tidak wajar terutama ketika umat Islam membuat persediaan menyambut Ramadan.

“Antaranya dalam khutbah itu, dia menyeru menyokong kepimpinan  Muhammad Sanusi Md. Nor yang disebut jelas. Kedua, berkaitan isu kezaliman Kerajaan Perpaduan dan kegagalan kebenaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan (Lapangan Terbang) KXP.

“Jadi kita minta jabatan agama bertindak supaya perkara ini tidak akan menjadi masalah perpecahan kepada perpaduan umat Islam apabila ada satu pihak mengecam parti yang lain.  Itu yang kita minta,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) di sini untuk menyerahkan memo bantahan khutbah Jumaat yang disifatkan satu kempen politik kepartian itu.

Mengulas lanjut kata Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu, pihaknya juga akan mengadap Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin yang merupakan Yang DiPertua Majlis Agama Islam Kedah bagi menyuarakan kebimbangan berhubung isu berkenaan.

“Saya juga minta jabatan agama mesti panggil semua imam dan pengerusi kariah ini supaya tidak ada lagi ustaz yang mengunakan medan mimbar masjid kuliah dan khutbah itu untuk menyebarkan politik kepartian yang boleh membawa kepada perpecahan,” katanya.

Tambah beliau, semua parti dan pemimpin perlu mengelak daripada mengeluarkan kenyataan yang memecah belahkan umat Islam sempena kedatangan Ramadan ini. 

WOIT

POLITIK MASUK

MASJID BUKAN

PEKARA BARU

AMIN

KHUTUBAH 

ADALAH

RUMUSAN ISU

POLITIK SEMASA

AMIN

HIDUP INI

SEMUANYA POLITIK

AMIN

YG JADI MASALAH

BILA POLITIK 

PARTI 

MASUK MASJID

 KHALAS  

 KHUTUBAH  JADI 

CERAMAH

PARTI POLITIK 

AMIN

INI  YANG BERAT

 KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan