Sabtu, 25 Mac 2023

PUASA HARI KE TIGA


HARI KE TIGA

SABTU 25/3/2023
KITA MASUK KE HARI KE TIGA 
BERPUASA

MALAM TADI 
ANAK BULAN MUNCUL
DISEBELAHNYA ADA  BINTANG
AH!
ALAM YANG INDAH

HARGA MAKANAN !!!
GUA BELUM MASUK
KE BAZAR RAMADAN LAGI
DARI KAWAN YANG
BERSEMBANG KETIKA
MAKAN MALAM 
GUA DIBERI TAHU
NASI BERLAUK
DAH NAIK 10RM
MURTABAK NAIK 6RM
GULAI IKAN DAH NAIK 8RM

GUA FAHAM
TUAN GERAI JUGA
MEMBELI  BARANG YANG MAHAL
UNTUK MENYEDIAKAN  JUADAH

DARI APA YANG GUA DENGAR
HOTEL PULA MENURUNKAN
BUFET BERBUKA PUASA
UNTUK TERUS MENARIK
PELANGGAN
AMIN

HAITI
PULAU KECIL DI SEBELAH AMERIKA
MASIH KACAU
KERAJAAN DAH RUNTUH
HARI INI HAITI
DI KAWAL OLEH BEBERAPA
KUMPULAN SAMSENG
TIDAK ADA KERAJAAN
MAKA SAMSENG JADI RAJA

UK
KAH KAH KAH
CHARLIE DAN GUDEKNYA
NAK MELAWAT FRANCE
KAH KAH KAH
KUNUN NAK BUAT HUBUNGAN
LEPAS BREXIT
KAH KAH KAH

DI FRANCE
RAKYAT SEDANG BANGUN
BERONTAK LAWAN 
PRESIDEN MACRON
KAH KAH KAH

CHARLI BATAL
LAWATAN RESMI
KAH KAH KAH
TAKUT KEPALA KENA PENGGAL
MACAM LOIUSE KE 16
KAH KAH KAH

U.S.A
BANK & DUIT
KRISIS BANK MAKIN MEREBAK
KRISIS INI AKAN MELARAT
MALAH BELUM DILIHAT
JALAN KELUAR

BUNGA PINJAMAN TERUS NAIK
FEDERAL RESERVE 
BANK NEGARA AMERIKA
TERUS MENCETAK DOLAR
AMIN

HOKKIEN
PAGI INI SIBUK
GUA IKUT JALAN BARU
JALAN BIASA GUA
 PENUH 
DENGAN KERETA
KELUARGA DATANG
SEMBAHYANG KUBUR

ADA MEMBAKAR
ADA MENABUR DUIT SYURGA
MERCUN DIBAKAR
MENJADIKAN TAK TAK TAKUT

TELINGA TAK TAK  & EZI
AMAT SENSITIF PADA
BUNYI LETUPAN MERCUN

TAPI
HOW WOW
MASIH BERSUARA
KUAT DAN MENDAYU DAYU
BURUNG INI TIDAK
TERGANGGU OLEH
KERETA DAN ORANG RAMAI

HARI INI AKAN PANAS
GUA NAK KE CHOW KIT
RUTIN MINGGUAN GUA
GUA NAK LIHAT
HARGA BAHAN MAKANAN
NAIK PASTI NAIK
TAPI NAIK BERAPA $$$
AMIN

BRO
SENYUM
SENYUM
KITA BERPUASA
DENGAN HATI GEMBIRA

BRO
ADA ORANG TAK SEDAR
NILAI NIKMAT PADA SAAT
IANYA SAMPAI
BILA DAH TERLEPAS BARU 
SEDAR

BRO
IKHLAS ITU MEMBERSIHKAN
PANCA INDERA
SECARA LAHIR DAN BATIN
DARI AKHLAK TERCELA

BRO
LU JANGAN RAPAT DENGAN
KAKI PUTAR
DIA AKAN TIPU LU
DIA MENDEKATKAN SATU JAUH
DAN MENJAUHKAN SATU
YANG DEKAT DARI LU

BRO
BUKA KAN TIRAI
HATI LU 
BIAR DILIHAT
WAJAH LU

BRO
TIDAK ADA PUJA PUJI
UNTUK INI DAN ITU
SEMUA PUJA DAN PUJI
UNTUK PENCERAHAN

BRO
JIKA LU TAK PERNAH
BERDUKA
MAKA LU TIDAK AKAN
TAHU APA PENAWAR DUKA

BRO
RODA PEMUTAR LANGIT INI
DI GERAKAN OLEH
GELOMBANG CINTA
KALAU TIDAK KERANA CINTA
ALAM SEMESTA INI
AKAN MEMBEKU

BRO
BILA MENERIMA
KITA BERSYUKUR
BILA TERHILANG
KITA BERSABAR

BRO
IKUTILAH
ORANG YANG  TAK MINTA
APA BALASAN
TAK INGIN BERTAMBAH KAYA
ATAU TAKUT RUGI
TAK PEDULI APA ORANG LAIN KATA
SOSOK INI SOSOK MERDEKA

BRO
TAK KIRA BERAPA BANYAK
BAHASA YANG LU  KUASAI
YANG MEMBUATKAN LU BERHARGA 
IALAH PENGUASAAN  LU
TERHADAP BAHASA HATI
AMIN


LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERPUASA



1 ulasan:

  1. Jangan silap, saya pernah tengok kertas duit yang dibakar di kubur Cina, setahu saya ianya bertulis Hell Notes bukan Heaven Notes Bro. Tolong semak betulkan saya apa pun wang masih boleh dikirim melalui bakaran kepercayaan mereka tidak salah cuma jangan buat pembakaran luar secara tidak terkawal sudah amin, apa pun setiap kepercayaan ada nikmat ada duka kah kah kah

    BalasPadam