Sabtu, 25 Mac 2023

SALUT UNTUK ANAK MUDA

 



Azeem raih emas acara 100 meter di Florida

JAGUH pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi terus mencipta sensasi di Amerika Syarikat selepas menjuarai acara 100m pada Kejohanan Florida State University (FSU) Relays, awal pagi tadi (3 pagi waktu Malaysia).

Pada kejohanan yang berlangsung di Mike Long Track di Tallahassee, Florida, Azeem yang mewakili Universiti Auburn menamatkan perlumbaan dengan catatan 10.32 saat sekali gus meninggalkan sembilan pelumba lain.

Lebih manis, ia merupakan kemenangan sulung buat atlet berusia 18 tahun itu yang membuat debut kejohanan luar dewan di bumi “Uncle Sam” itu selepas tiga penampilan dalam acara 60m dalam dewan sebelum ini.

Tempat kedua acara itu dimenangi Andre Ewers (10.49s) manakala tempat ketiga dimenangi Trei Thorogood (10.51s) mewakili Universiti Syracuse.

Bulan lepas, Azeem menampilkan permulaan baik di Amerika Syarikat selepas memecahkan rekod kebangsaan acara pecut 60m lelaki dalam dewan miliknya sendiri pada kejohanan Tiger Paw Invitational. – Bernama, 25 Mac 2023.

SALUT

LARI LARI

PANTAS BERLARI

AMIN

1 ulasan:

  1. Adoi .. tak abih lagi bangang kita ni .. Azeem lari 10.3 pun kito dah stim .. jam skrg burok2 10 saat oii .. 10.3 ni Jegathesan dah buek pado 1963 lagi .. 60 tahun dulu .. phuuiih.

    BalasPadam