Sabtu, 18 Mac 2023

SAPA DATUK ROY ?



'Datuk Roy' direman semula 4 hari kes Jana Wibawa


SEORANG ahli perniagaan yang dikenali sebagai “Datuk Roy” direman semula selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Perintah reman terhadap lelaki berkenaan hingga 20 Mac ini dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin di Mahkamah Majistret Putrajaya selepas menerima permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Datuk Roy atau nama sebenarnya Mohd Hussein Mohd Nasir, 54, sebelum ini direman selama tiga hari bermula 14 Mac selepas ditahan kira-kira 3 petang ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kuala Lumpur pada 13 Mac.

Peguamnya Fahmi Abd Moin dilapor berkata ‘Datuk Roy’ dibebaskan dengan jaminan semalam namun mengesahkan anak guamnya itu akan direman semula oleh SPRM hari ini.

Pengarah SPRM Kuala Lumpur Razaliah Ab Rahman ketika dihubungi mengesahkan reman terhadap lelaki berkenaan dilanjutkan dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. – Bernama, 17 Mac 2023.

WOIT

SAPA DATUK ROY

PELAKUN KOBOI

ROY ROGERS KE?

KAH KAH KAH

DULU IZAT LEMBU

DI LEMBAH PANTAI

KIRA SAMPAI

MENANG 

KAH KAH KAH

SEKARANG

DATUK ROY

TANGKAP SAMPAI

TERBERAK

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

  1. Persoalannya: adakah ini kali pertama datuk roy buat keja jd ajen rasuah atau dah ada resume yg lengkap serta sejarah kejayaannya yg cemerlang. Nak buat keja rasuah ni pun kena ada title datuk kalu tidak client tak picaya.

    BalasPadam