Ahad, 19 Mac 2023

SYED MOKHTAR BAGUN MELAWAN


Jangan kaitkan saya dengan sebarang parti politik, kata Syed Mokhtar

TOKOH perniagaan Syed Mokhtar Albukhary menggesa semua orang supaya tidak mengaitkannya dengan mana-mana parti politik atau pertubuhan.

“Sebagai ahli perniagaan yang berkecimpung lebih 40 tahun dalam dunia perniagaan di Malaysia, saya berharap tidak ada mana-mana pihak ‘mengaitkan diri saya dengan mana-mana parti politik atau sebarang pertubuhan yang membawa maksud sama’,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Kenyataan ini dibuat ketika nama peribadinya dikaitkan dengan tuduhan pengubahan wang haram yang dihadapi bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin.

Daripada tujuh pertuduhan yang difailkan terhadap presiden Bersatu, dua kesalahan secara langsung membabitkan syarikat Syed Mokhtar iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd kerana didakwa membayar RM205 juta kepada tabung Bersatu di bawah arahan bekas perdana menteri itu.

Muhyiddin meminta dibicarakan dan kini diikat jamin. – 19 Mac, 2023.

WOIT

INI PERMULAAN

KAPITALIS  BESAR

DIGANGGU

AMIN

BILA DI KACAU

KAPITLAIS AKAN

BENGUN MELAWAN

AMIN

LAWAN MACAM

MANA ?

AMIN

LAWAN HINGGA

PAKAI KERIS ?

KAH KAH KAH

KHALAS

2 ulasan:

  1. Malaysia unik satu negara susah kerana ramai perasuah perompak penyamun atas sampai bawah, kaum pemodal kaum kapitalis susah cari makan, kena masuk gris supaya mesin lancar tanpa GH anggukan gangguan semua pihak kah kah kah, ini semua tahu, nak senang meniaga kena bagi gris setiap bulan supaya mesin lancar jalan kalau tidak gris asyik kacau kacau macam TT cakap, nak cari salah Mat Rempit senang, tayar botak, cermin tarak kah kah kah, ini masalah satu negara sebab Bossku jadi pemimpin disegani, pencuri digelar Abah, perompak digelar Tun Mahathir ini semua tahu, samada pandai sorok atau tidak itu saja kah kah kah kesian Syed meniaga apa entah tapi kaya, kalau kaya pun susah asyik kena pau siang malam kan kah lagi senang jadi miskin malas dapat bantuan kiri kanan sampai sunat pun ada bantuan mari kah kah kah syukur

    BalasPadam
  2. Tunjuk keris adalah satu perbuatan suwey nombor dua suwey kpd tunjuk penyapu. Ingat lg dokto gigi jawo tunjuk penyapu dulu?

    BalasPadam