Tahap kesedaran awam terhadap perubahan iklim semakin meningkat
TAHAP kesedaran awam terhadap kesan perubahan iklim dalam negara semakin meningkat dan usaha memperkasakannya akan dipergiat oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) MetMalaysia Lim Ze Hui berkata jabatan itu akan sentiasa berinteraksi dengan orang awam bagi memastikan tahap kesedaran dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
“Usaha ini boleh dilaksanakan melalui sistem hebahan mengenai perkembangan semasa cuaca, supaya rakyat Malaysia boleh mendapatkan sebarang maklumat terkini seterusnya memberi kesedaran kepada mereka,” katanya.
Lim berkata demikian ketika menjadi tetamu program Malaysia Petang Ini bagi mengulas topik Masa Depan Cuaca, Iklim dan Air Merentasi Generasi terbitan BernamaTV hari ini.
Menurut Lim bagi memastikan keberkesanan ramalan cuaca, MetMalaysia sentiasa mengadaptasi penggunaan teknologi terkini setaraf dengan negara maju selain meningkatkan sistem cerapan bagi membolehkan pengesanan awal.
Mengenai sambutan Hari Meteorologi Sedunia 2023 yang disambut hari ini, beliau berkata tema “Masa Depan Cuaca, Iklim dan Air Merentasi Generasi” itu memberi fokus terhadap kepentingan penjagaan iklim demi kelestarian alam dan kesejahteraan generasi akan datang.
“Apabila kita sentuh soal generasi, maka kita tekankan tentang elemen ‘manusia sejagat’ dan ia juga terkait dengan warisan yang kita tanggalkan, warisan kepada generasi akan datang,” katanya. – Bernama, 23 Mac, 2023.
pakistan. gagal secara pulitik. namun menang dari segi alam sekitar. pakistan berjaya kitar semula fabrik dan kain kain. penyebab pencemaran nombor satu dunia.
BalasPadam