Pekerja kebajikan sokong RUU lindungi warga emas diabai anak
PEKERJA sosial, rumah kebajikan dan rumah orang tua mengalu-alukan Rang Undang-Undang Warga Emas yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat tahun hadapan.
RUU itu bertujuan menetapkan peruntukan tindakan perundangan dan penalti kepada individu dewasa yang enggan bertanggungjawab ke atas ibu bapa mereka yang sudah berusia.
Cadangan RUU itu bermatlamat menangani masalah yang semakin membimbangkan berkaitan pengabaian orang tua oleh anak-anak mereka.
Peter Tan, pengasas rumah kebajikan P Syukur Penyayang Pulau Pinang berkata undang-undang itu menyasarkan anak-anak yang “menipu” orang tua mereka.
“Ada ibu bapa yang menyerahkan perniagaan mereka kepada anak-anak dengan harapan mereka akan dijaga pada usia tua,” katanya.
“Tetapi anak-anak tersebut tidak menjaga atau mempedulikan mereka selepas mewarisi perniagaan itu. Ini yang kerap kami dengar daripada penghuni di rumah kebajikan kami.
“Anak-anak yang tak sedar diuntun ini yang perlu dihukum. Mereka perlu dikenakan tindakan undang-undang yang mengikat mereka untuk menjaga ibu bapa mereka yang sudah berusia.”
Peter berkata undang-undang tersebut juga perlu memberi hukuman khidmat masyarakat kepada anak-anak yang terlibat.
“Jangan denda mereka. Arahkan mereka berkhidmat dengan badan kebajikan dan rumah orang-orang tua. Biar mereka jaga orang tua seperti memandikan mereka.”
Tambahnya lagi, ada juga ibu bapa yang ditinggalkan di hospital selepas jatuh sakit.
“Kami jumpa banyak kes. Jabatan Kebajikan selalu telefon tanya jika kami boleh ambil orang tua yang diabaikan ini.”
Peter berkata sangat menyedihkan melihatkan situasi anak-anak mengabaikan ibu bapa yang membesarkan mereka.
Ia sesuatu yang tidak boleh diterima, tegasnya.
Tan Hiang Hock yang sudah 20 tahun menjadi pekerja sosial berkata, alasan yang biasa diberikan anak-anak untuk mengabaikan ibu bapa mereka adalah beban kewangan dan kekangan masa.
Semua ini tidak boleh diterima, katanya.
“Pendek kata, anak-anak memang tak nak habiskan duit untuk ibu bapa mereka.”
Tan berkata yang semakin ramai orang tua yang diabaikan tahun demi tahun dan rumah kebajikan mempunyai kapasiti terhad.
“Mereka rumah kebajikan tidak berasaskan keuntungan dan mereka utamakan warga emas yang bujang. Kapasiti mereka terhad.”
Tambahnya lagi, beliau menerima sekitar 25 panggilan telefon meminta bantuan setiap bulan. – 26 Mac, 2023.
Wang simpanan rakyat Malaysia adalah yang ke - 6 tertinggi di simpan di Singapura
BalasPadamWang asing paling banyak di Singapura ialah Indonesia Dan wang Kartel mafia Mata Sepet Dan barua barua LeeKwanYew@DAP Dari Malaysia adalah No 6 di Singapura..!!
Saya Ulanggg..!!! No 6 terrrbanyak wang orang Malaysia di Singapura..!!
https://youtu.be/qARRqKkzSZw
Walaupun Perdana Menteri silih berganti tapi Kartel Dan mafia Mata Sepet yang berkiblat pada Singapura masih menguasai dan mencatur politik setiap Perdana Menteri Malaysia termasuk PMX.
https://youtu.be/k3v4imdmCWk
Tidak tekecuali di Indonesia keadaan lebih parah bila mafia mafia migas dann mafia menguasai sumber daya alam jugak berkiblat ke Singapura.
Rakyat Indonesia keturunan Tiongkok sudah berislamisasi dengan nama Indonesia tapi ras hubungan sesama kaum Cina di rantau Asia Tenggara sangat kuat dalam isu ras perkauman..!!
https://youtu.be/rGwUQj8ZSWM
Pemerintah Indonesia sukar menentukan siapa talibarut Dan barua Kartel mafia mereka yang berkiblatkan ke Singapura..!!
https://youtu.be/iAPx8NDiKyM
Kalau Jokowi berusaha melingkupkan Singapura yang membuli Indonesia melalui Kartel talibarut mafia Singapura di Indonesia kenapa pemimpin Malaysia terhegeh hegeh pula mahu jadi barua LeeKwanYew@DAP...!?
Sham! Bagi yang ada anak mereka megharapkan bila tua anak anak menjaga mereka, bagai mana dengan Isham? Sekarang Isham dah 72 tahun, dah tua, bila dah terlalu tua, katakanlah 85 dah tak larat nak berjalan Isham nak harap siapa? Sebab Isham tak ada anak, dulu pancut sana sini tapi tak jadi anak, sebab selalu pakai sarkot, tak kan Isham nak harap Eze n Tak tak, masa tu macam mana?
BalasPadamNo turning back, generasi sekarang lahir dengan smart phone, Lebai Google di tangan, kurang susah tak ada pijak basikal, tarak jalan jalan kaki, semua pakai grab kah kah kah ibu bapa pulak sampai kahwin siap rumah kereta semua sekali supaya anak tak susah, manusia kalau tak susah tak tahu survival ITU saja kemudian jasa tak kenangan pun kah kah kah syukur
BalasPadamNo turning back, generasi sekarang lahir dengan smart phone, Lebai Google di tangan, kurang susah tak ada pijak basikal, tarak jalan jalan kaki, semua pakai grab kah kah kah ibu bapa pulak sampai kahwin siap rumah kereta semua sekali supaya anak tak susah, manusia kalau tak susah tak tahu survival ITU saja kemudian jasa tak kenangan pun kah kah kah syukur
BalasPadam