Khamis, 30 Mac 2023

TOLAK AMERIAK TOLAK CHINA MERAH



Parlimen: Kapal selam Australia tidak dilengkapi senjata nuklear


KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini diberitahu bahawa pembangunan lapan buah kapal selam berkuasa nuklear oleh Australia hanya menggunakan enjin berkuasa nuklear namun tidak akan dilengkapkan dengan senjata nuklear.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ia selaras dengan komitmen Australia di bawah perjanjian berkaitan senjata nuklear.

“Semasa sesi penerangan tersebut saya telah menjelaskan bahawa pendirian dan prinsip Malaysia berhubung AUKUS (kerjasama tiga hala antara Australia, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat) adalah tetap dan tidak berubah.

“Pendirian Malaysia, menggesa agar semua pihak berkaitan, sama ada di dalam mahupun di luar pakatan AUKUS ini, untuk saling menghormati dan mematuhi sepenuhnya instrumen perundangan negara dan antarabangsa yang sedia ada.

“Ia terutamanya berhubung dengan pengoperasian kapal selam berkuasa nuklear di dalam perairan negara,” katanya menjawab sesi Pertanyaan-pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan sesi Pertanyaan-pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Lim Guan Eng (PH-Bagan) bertanyakan soalan berkenaan pendirian Malaysia ekoran pakatan pertahanan AUKUS yang mana Australia akan membeli lapan buah kapal selam perang nuklear berharga A$368 bilion dan kesannya kepada keselamatan negara-negara ASEAN berdasarkan Zon Aman, Bebas dan Berkecuali atau ZOPFAN dan sama ada lapan kapal selam perang nuklear akan dibenarkan beroperasi dalam rantau perairan negara-negara ASEAN.

Maklumat itu, kata Mohamad, diperoleh menerusi penerangan Duta Khas Perdana Menteri dan Panglima Angkatan Tentera Australia, Jeneral Angus J. Campbell di pejabatnya pada 9 Mac lalu.

Jelas Mohamad, Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat kemudian memberi penerangan sama melalui panggilan telefon pada 10 Mac 2023 dan terkini semasa sesi pertemuan Minister of State at the Ministry of Defence United Kingdom pada 28 Mac 2023.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, Malaysia sebagai anggota ASEAN memegang prinsip untuk mengekalkan ASEAN sebagai Zon ZOPFAN. 

MALAYSIA

WAJIB TOLAK

AMERIKA

DAN TOLAK

CHINA MERAH

AMIN

BAGIMANA PULA

DGN PERJANJIAN

SENJATA 5 NEGARA

AMIN

FDA - UK, AUSTRALIA

NEW ZEALAND, 

SINGAPURA & 

MALAYSIA ?

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan