Khamis, 16 Mac 2023

WAK MUSTAR CAKAP BETUL

Tender terbuka tetap boleh diseleweng, kata Tuan Ibrahim


PENYELEWENGAN tetap akan berlaku dalam sistem tender terbuka sekiranya tidak dilaksana secara telus dan jujur, kata timbalan presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata demikian bagi mempertahan projek tebatan banjir berjumlah RM15 bilion yang dianugerahkan secara rundingan terus sewaktu beliau menjadi menteri bertanggungjawab.

Beliau juga percaya isu itu sengaja dimainkan kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan waktu ini bagi merosakkan integriti parti Islam itu.

Walhal, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) yang dipimpinnya sebelum ini hanyalah agensi pelaksana dalam projek tersebut, kata ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Beliau mendakwa tidak terlibat langsung dalam pemilihan kontraktor dan menambah segala keputusan penganugerahan rundingan terus bagi projek itu dibuat oleh Kementerian Kewangan.

Peruntukan RM15 bilion bagi projek tebatan banjir yang akan bermula pada 2023 hingga 2030 diumumkan oleh perdana menteri ketika itu, Ismail Sabri pada Mac tahun lalu.

Perolehan projek bagi menangani musibah banjir buruk itu menjadi kontroversi apabila dipersoal PKR sewaktu kempen Pilihan Raya Umum ke-15 PRU15 (PRU15).

Selepas PRU15, perdana menteri baharu yang juga menteri kewangan Anwar Ibrahim mengarahkan beberapa kelulusan projek tebatan banjir bernilai RM7 bilion tidak diteruskan.

Anwar mengecam perolehan rundingan secara terus yang dibuat secara tergesa-gesa tanpa penelitian dan menurutnya hanya membazirkan wang rakyat.

Beliau kemudiannya mengarahkan projek tersebut ditender semula selewat-lewatnya pada Jun dan dipercepat atas alasan  keperluan mendesak dalam menangani masalah banjir di beberapa negeri.

Ia antaranya membabitkan projek  Rancangan Tebatan Banjir di Sungai Johor di Kota Tinggi dan pembinaan kolam takungan dwifungsi di Sungai Rasau serta Sungai Klang di Selangor.

Turut terlibat, projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Golok Fasa Tiga di Kelantan.

The Malaysian Insight memberi peluang kepada Tuan Ibrahim menjelaskan perolehan projek tebatan banjir yang dianugerahkan secara rundingan terus itu dalam satu wawancara:

Boleh Datuk jelaskan apa sebenarnya yang berlaku dalam kes projek tebatan banjir ini?

Isu banjir ini sudah lama. Apabila saya duduk di kementerian, para pegawai kata tiap-tiap tahun pantai barat dan pantai timur ini tunggu banjir – Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Jadi saya bincang dengan perdana menteri ketika itu Ismail Sabri Yaakob dan beliau setuju bahawa kita perlu segerakan projek tersebut.

Maka diperuntukkan RM15 billion peruntukan khas untuk selesaikan isu banjir yang tertunggak daripada Rancangan Malaysia ke-9 (RMK9).

Tiga kali RMK projek tak boleh jalan sebab duit tak ada. Jadi kalau kita tunggu, setiap tahun kita rugi RM6 atau R7 billion. Maka dengan anggaran peruntukan RM15 bilion perdana menteri beri tugasan kepada KASA untuk tengok keutamaan projek. Mana projek perlu diutamakan.

Jadi, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS ) buat bengkel. Kita bahagi zon, tengok semua perincian. Daripada itu, kita dapat 38 projek yang sangat perlu disegerakan.

Jadi projek ini kita buat penilaian nilai berapa kos anggaran, kemudian pemilihan kontraktor semua diurus oleh Kementerian Kewangan. Mereka ada data kontraktor, rekod prestasi semua mereka tahu.

KASA hanya agensi pelaksana. Pemilihan kontraktor saya pun tak terlibat. Walaubagaimanapun, ia baru di peringkat cadangan dan Parlimen dibubar.

Jadi projek ini tak berjalan kecuali satu, iaitu projek pembelian alat-alat untuk sistem amaran awal banjir. Itu dah dipasang di seluruh negara.

Yang kedua, di bawah peruntukan yang sama, kita luluskan projek tebatan banjir membina dua empangan – Sabo di Baling susulan banjir dan tanah runtuh berlaku di Gunung Jerai pada Ogos 2021.

Ini projek segera dan itu sahaja. Yang selain daripada itu, semua projek belum berjalan. Pemilihan kontraktor pun belum, cuma cadangan kontraktor saya difahamkan Kementerian Kewangan ada beberapa cadangan.

Tetapi perlantikan belum dibuat, perbincangan dengan kontraktor pun belum dibuat kerana Parlimen bubar.

Apa pandangan Datuk apabila projek tebatan banjir yang disegerakan ini dibatalkan perdana menteri kesepuluh?

Jadi apabila perdana menteri umum batal projek itu saya rasa pelik sebab memang belum bermula. Sebagai contoh, Projek Tebatan Banjir Sungai Golok Fasa 3.

Projek Fasa 2 pun baru dalam pemilihan kontraktor. Projek Fasa 3, lakaran pun belum ada lagi. Macam mana boleh batal. Itulah saya pertikai. Macam mana batal projek belum mula.

Yang kedua, Anwar kata dengan pembatalan itu boleh jimat RM2 billion. Saya sebut dalam Parlimen. Pengalaman saya, apabila projek batal kita tangguh projek jadi akan naik kos.

Katalah projek itu tertangguh selama setahun dan kemudian banjir… Berapa kos itu? Maksudnya kita ada dua kerugian.

Kerugian pertama kerana kelewatan mula projek dan kerugian kedua disebabkan bencana alam dalam tempoh projek belum dilaksana. Jadi kita bukan untung. Kita akan bertambah rugi.

Bagi saya, saya tak kisah nak pilih kontraktor mana sebab saya tak kenal kontraktor. Saya tak terlibat langsung. Anwar kata nak buat tender terbuka. OK. Tiada masalah.

Tapi apa isu perolehan tender terbuka?

Cuma bila tender terbuka, akan akan ambil masa paling lama setahun. Itulah isunya. Mungkin Anwar kata kalau kita beri runding terus, akan ada penyelewengan.

Saya fikir penyelewengan itu ada kalau orang tak jujur. Apa sistem pun, kalau kita tak jujur, kita boleh menyeleweng. Dia ada kelompongan. Mesti ada.

Contoh, kita buat tender terbuka, akan ada kartel. Kartel akan masuk. Kalau kita buat tender terpilih mungkin syarikat itu nama berbeza tetapi orang sama.

Sebenarnya, ruang untuk menyeleweng itu akan ada kalau kita tak jujur. Kalau kita jujur, pilih yang terlayak dengan syarat yang cukup, prestasi cemerlang, saya fikir tiada isu.

Bagi saya bukan sistem tapi diri kita. Menteri, timbalan atau pegawai, mesti jujur dengan pemilihan kontraktor. Jangan berlaku penyelewengan. Jangan ambil kesempatan projek itu.

Kalau kita jujur, apa sistem pun bagus. Sebab tiga-tiga sistem ini dibenarkan oleh perbendaharaan.

Bukan salah pun bahkan perdana menteri sebut di Johor, projek tebatan banjir di Segamat, kata disegerakan. Disegerakan nak buat selewat-lewatnya bulan tujuh (Julai).

Jika tiada kesalahan, kenapa isu projek tebatan banjir ini dibangkitkan dan dibatalkan?

Bagi saya isu ini dimainkan sebab nak rosakkan integriti. Sebab saya pegang kementerian itu seolah saya yang memilih kontraktor tersebut. Sebenarnya, KASA hanya agensi pelaksana.

Peruntukan RM15 billion dan pemilihan kontraktor betul-betul duduk Kementerian Kewangan sepenuhnya. Cuma KASA adalah agensi menyediakan semua dokumentasi pemilihan projek.

Semua, keputusan rundingan terus dibuat Kementerian Kewangan dan saya tidak terlibat. Bahkan sepanjang tiga tahun saya duduk di KASA, saya tak pernah terlibat dengan meluluskan apa-apa projek atau tender projek.Saya serahkan kepada jawatankuasa sepenuhnya.

Saya beritahu Kementerian Setiausaha Kementerian (KSU). awak pengerusikan projek, pilih yang terbaik bersama jawatankuasa daripada Kementerian Kewangan (semua agensi yang terlibat).

Saya yakin prestasi yang dibuat sangat baik dan saya tidak campur tangan. – 16 Mac, 2023.


TENDER TERBUKA

AMAT BAIK

AMIN

UNTUK KITA

DAPAT PEMBIDA

YANG UNGGUL

AMIN

HARGA YG TEPAT

TEKNOLOJI TEPAT

AMIN

BETUL KATA

WAK MUSTAR  INI

AMIN

RASUAH DAN

PENYELEWENGAN

TETAP ADA

AMIN 

DALAM SISTEM

EKONOMI APA PUN

SEMUA NAK CARI

UNTUNG LABA

KHALAS

3 ulasan:

  1. yg punca tak telus ni ialah syarat wajib bumiputra. klause bumiputra inilah kekayaan negara masuk dalam 1 poket tapi sampai laaaaaaaaa org igt membantu melayu. nak tahu telus tu macamana? bukak shoppe. ada harga, ada rating, ada comparison price ada komen buyer.

    BalasPadam
  2. Pakai lebai 24 Jam sampai otak jadi tepu. Segala benda pun boleh diseleweng, tapi kena berusaha lah untuk kurangkan risiko tu. Bangang abadi. Yang sokong lagi bangang

    BalasPadam
  3. Seronok bile ade yg bocor cerita macam nie... Skang nie tahu la, siapa orang tengah... Program kerajaan nak lawan org tengah la konon.. korang la org tengah yg patut dihapusk serakahny...

    Terang sngat dah nie org politik yg berusaha kepong duit...open tender la, +kartel harga siling la, suda² semua org ko..

    mmg la nampak mcm tak langgar undang²... Tp geng pfi-lcs punya rembat contohnya, adoi la mintak ampoooon, lg mau ulang ka bang nin... Tambah fail kang...

    proksi la kot dapat duit, yg hutangnya rakyat dan anak cucu cicit piutnya tanggong... semua amaunnya termasuk duit happy²... semua dilonggokkan dlm mof..

    korang esok2 pencen dah tutup buku dah, yg bayar hutang mof tu kami² nie hah drpd cukainya la, kwsp la, kwap la...

    BalasPadam