Petronas perlu perjelas wang ihsan royalti minyak Kelantan, Terengganu – Zaid
KUALA LUMPUR – Petronas perlu memberi penjelasan mengenai wang ihsan yang melibatkan royalti minyak kepada Kelantan dan Terengganu.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim berkata, isu royalti itu perlu dijawab oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tersebut dan tidak boleh diwakili oleh mana-mana menteri atau ahli politik.
“Jadi, sekarang ini saya nak tanya Petronas, Petronas kena jawab semata-mata kerana kerajaan memilih Petronas tidak bererti ahli politik kena jawab, Petronas lah kena jawab.
“Betul ke perjanjian ketika 1974 itu Kelantan dan Terengganu berhak mendapat bayaran tunai untuk minyak yang didapati offshore di luar persisiran pantai Kelantan dan Terengganu?
“Adakah perjanjian itu menyebut tentang teritorrial mortage, jadi Petronas harus jawab persoalan ini,” katanya menerusi hantaran video di Facebook.
Menuurt Zaid, perjanjian 1974 itu jelas menunjukkan sekiranya minyak dan gas didapati ‘offshore’ yang bermaksud dalam konteks galian itu tidak kira berapa jarak batu yang digali.
“Dulu beria-ia ahli politik nak bayar royalti minyak tetapi bila mereka jadi kerajaan. Mereka kata ihsan.
“Saya tanya Petronas jawablah wang ihsan itu apa. Apakah Melaka, Negeri Sembilan dapat wang ihsan ini. Tak adakan,” soalnya.
Zaid turut menyifatkan wang ihsan yang disalurkan merupakan trick payment kerana kerajaan tidak mahu membayar jumlah penuh royalti maka dipanggil wang ihsan yang bermakna terpulang mahu beri berapa banyak.
Hanya UMNo Siswa yang Ade telo buat masa ini.
BalasPadamMat Asan Zahid telo depa semua dah bagi kat hanjing barua DAP@LeeKwanYew...
UMNOsiswa meminta Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) tidak membuat apa-apa tindakan yang boleh mempengaruhi pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) menjadi seorang mahasiswa yang biadab.
Ketua Penerangannya, Firdaos Yusof berkata, isu Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dihalang baru-baru ini dijadikan propaganda oleh parti itu serta sayap mahasiswa mereka dalam menggambarkan IPT hari ini masih lagi dibelenggu undang-undang menyekat suara mahasiswa.
Pada ahli UMNo sekelian hang pi raba celah kangkang memasing ada rasa telo ke idok... Telo Mat Asan dan Zahid dio orang dah check.. telo depa Dua ekor dah masuk lam perut..
Kikikiki...