Isnin, 3 April 2023

KWSP - ISU RAKYAT MISKIN


Ahli Parlimen Perikatan keluar Dewan, protes isu KWSP

WAKIL rakyat pembangkang keluar dari persidangan Dewan Rakyat pagi ini selepas speaker tidak membenarkan usul pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi golongan memerlukan dibahaskan pagi ini.

Diketuai ketua pembangkang Hamzah Zainuddin, beberapa ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) turut keluar selepas tidak puas hati dengan Timbalan Yang Dipertua Alice Lau yang tidak membenarkan usul itu diteruskan.

Wan Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) terdahulu memohon usul tergempar itu dibahaskan hari ini.

Katanya, beliau menghantar usul bertulis berkenaan perkara itu kepada Yang Dipertua Johari Abdul, Jumaat lalu.

Lau berkata keputusan itu dibuat Yang Dipertua Dewan dan keputusan speaker adalah muktamad.

Susulan itu, wakil rakyat pembangkang keluar dari Dewan. – 3 April, 2023.

WOIT

INI ISU RAKYAT

AMIN

TERSANGKUT

DENGAN RAKYAT

MISKIN

AMIN

KALAU TAK

BINCANG DALAM

PARLIMEN NAK

BINCANG DIMANA?

AMIN

INI ISU POPULAR

SILAP HARI BULAN

BOLEH JADI ISU

PRN 

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

  1. Woit woit woit cari isu solid, cari isu rakyat boleh terima? Kah kah kah apa ini jual buah pinggang, bendera putih ada keluar lagi? Masa siapa keluar bendera putih? Mahiaddin atau Ismail Bera? Zaman MADANI ada bendera putih tak? Kita pun bukan sokong sangat tapi kena adil lah, yang baik kita sokong, yang jahat kita penjara senang saja kan? Ini sokong penyamun perompak sampai mohon ampun, tapi yang buat baik asyik kena setiap hari dengan golongan parasite ini kah kah kah susah nak betul mentally macam ini woit kah kah

    BalasPadam