Jumaat, 7 April 2023

LAGI KESAH DARI BRICKFEILDS


DARI BRICKFEILDS TERUSKAN LAGI


Pada  Ahad  8 Februari 2015 akbar  The New York Times ( NYT )  menulis :  Jho Low well connected in Malaysia has an appetite for New York.  Akhbar yang mula terbit pada tahun 1851 ini amat berpengaruh di Amerika.

Tulisan panjang lebar oleh Louise Story ini  keluar pada  pagi Ahad – pagi strategik – untuk membaca akhbar secara santai.

Bila berita ini keluar aku berada di Old Town Cafe di Brickfeilds. Aku bertemu dengan wartawan Suara Keadilan

‘ Inilah dia berita yang aku cakap bigger than big ... dah keluar di New York Times.... Suara Keadilan  patut goreng lagi... ini isu hot.. ‘ Aku cuba meyakinkan Dikin.
Berita dari NYT ini mula merebak dalam Internet. Warga net mula berbincang. Aku hanya melihat dari jauh dan cuba menjangkakan apa akan berlaku seterusnya.

Nama Jho Low dan 1MDB mula jadi perbualan nasional. Sana sini warga Malaysia ingin tahu siapa   hamba Allah  kroni Najib ini.  

Aku merasakan berita  meledak di NYT ini akan mempengaruhi suasana politik Malaysia. Internet membantu merebakkan berita dari NYT ini.. Utusan, Berita Harian, RTM, TV3 –  semenjak zaman Reformasi 1998 telah di kencingkan.

Laman portal seperti MalaysiaKini lebih di percayai dari laporan media arus perdana. Tertiba muncul pula satu lagi portal  Sarawak Report. Portal yang berpangkalan dari London ini juga sama menyebarkan berita Jho Low, Najib dan 1MDB.

Aku  sebenar  tidak faham sangat dari segi ekonomi apa sebenarnya  1MDB ini. Aku rasa ramai juga sosok yang sewaktu dengan aku. Aku sedaya upaya cuba memahaminya kerana aku wajib mengheboh, membakar dan mempropagandakan berita 1MDB ini dalam Blok Tukar Tiub (TT) yang aku kendalikan.

Blok Tukar Tiub  ini  aku lancarkan pada  10 Ogos 2008 ketika pilihan raya kecil Anwar Ibrahim di Permatang Pauh pada 20 Ogos 2008. 

Kerja aku dalam blog ini  pertama memberi pencerahan  mengenai isu dalam dan luar negara. Ke dua  menghasut pembaca TT untuk membenci United  Malays National Organisation dan Barisan Nasional.

Dari awal lagi aku amat yakin 1MDB ini adalah kavadi yang dipikul oleh Najib. Kavadi ini sedang menjerat leher Najib.

Bila Najib terdesak  melalui Tukar Tiub aku menyimbah minyak agar api membakar luas. Berita-berita dari media milik United Malays National Organisation aku komen dan ketawakan kah kah kah.

Mana berita yang baik aku tambah aji-no-moto untuk menyedapkan lagi  hasutan  agar pembaca membenci  parti Ketuanan Melayu  yang aku pelekeh dengan nama Inggerisnya  United Malays National Organisation.
Peranan ke tiga blog TT ialah menyediakan bacaan yang lebih serius dan ada analisis. Aku memasukan dalam blog TT tulisan kolum Dari Brickfeilds yang tersiar dalam akhbar mingguan Suara Keadilan. Tulisan yang sama muncul  juga terbit dalam MalaysiaKini

Berita desas desus mula  tersebar bahawa  SPRM akan bertidak dalam kes 1MDB. Laporan NYT tentang 1MDB  telah menjadi berita dunia. 

Menjadi satu kemustahilan jika lembaga-lembaga hukum di Malaysia tidak bertindak. Kes 1MDB ini telah menjadi skandal dunia. 

1MDB bukan hanya melibatkan Malaysia. Dubai, Kuwait, Saudi, New York, Hong Kong dan Singapura terlibat sama. Nama Goldman Sachs – bank pelaburan antarabangsa berpusat di New York juga  terlibat. Malah Raja Saudi juga di rekrut sama.

Desas desus telah mula didengar bahawa Peguam Negara akan membuat tindakan.
 
Aku ingat lagi malam Sabtu 25 Julai 2015. Tian Chua, Siva Rasa dan aku bertemu di Old Town Cafe Brickfeilds. Dua sosok ini  adalah YB dan orang kuat Parti Keadilan Rakyat.

Sambil menghirup kopi kami bersembang,

‘ Betul ke...  Najib akan kena tangkap.....’ Aku bertanya.

‘ Possible...’ Jawab Siva.

‘ The AG has to move... this is not local  issue... gone global....’ Tian menyampuk.

‘ Aku dengar Najib akan di tangkap....’ Aku membuat andaian.

‘ Yes... rumours and  news circulating in town...’ Siva menjawab.

‘ Gani Patail could give instruction... ‘ Tian menambah.

Tian kemudian menerangkan  Peguam Negara Ghani Patail  boleh beri  arahan SPRM untuk bertindak.

‘ SPRM ... boleh tangkap ke ... ‘ Aku bertanya.

‘ Yes.... SPRM ada pasukan khas  dan ada lokap...’ Siva menjawab.

Ini maklumat baru untuk aku. Selama  ini aku sangka SPRM hanya badan menyiasat. Rupanya kini boleh menangkap dan menahan. Hebat SPRM ini.

‘ Bila Najib akan ditangkap...’ Aku bertanya.

‘ Possible Monday.... esok Ahad... Senin laaa... we wait  Monday morning.... mesti ada...’ Tian berkata dengan yakin.

‘ Kalau Hishamuddin Rais tahu... move Ghani Patail... Tian tahu ..and you knows... Najib  pun mesti  tahu..’ Aku arahkan ayat akhir aku kepada Siva.

Jam melintas 12 malam  baru kami  keluar dari  Old Town Cafe. Kami yakin Senin. Nanti satu yang besar akan berlaku.

Malam minggu hujung bulan gaji dah masuk maka  Jalan Thambypillay makin sibuk. Anak muda  Melayu, Mat Bangla dan Mat Indon sedang merayau masuk  dari pintu kedai ke pintu kedai. Masuk dari bilik ke bilik dengan mata memandang ke ranjang.  Akhirnya dompet dibuka duit keluar untuk  membeli kasih sayang.

Ahad esoknya aku hanya menunggu apakah Najib akan ditangkap. Hati aku berkata mungkin berlaku dan mungkin tidak.

Pagi Senin 27 Julai 2015 – satu Malaysia heboh Peguam Negara Gani Patail berhenti menjalankan tugas. Kontrak masih belum tamat.  

Malamnya aku bertemu Tian Chua sekali lagi di Old Town Cafe.

‘ So nothing happened... what we anticipated never arrive.... polis paksa ke Gani  berhenti....’ Aku  bersuara dengan nada sesal.

‘  Najib  knows... he strike first... ‘ Ini rumusan dari Tian yang memberi kredit pada Najib kerana bertindak lebih awal.

Berita Gani Patail berhenti jadi perbualan nasional.  Malah ada berita melapor yang soldadu bersenjata telah masuk ke bilik Gani dan memaksa Gani letak jawatan.

Berita jenis ini merebak walau pun tidak betul. Malah ada politikus DAP yang dipanggil polis kerana menyebar berita sedemikian.

Akhirnya berita Gani Patail letak jawatan menjadi kendur. Seperti biasa hidup warga Malaysia berjalan terus.

Tertiba  satu Malaysia terkejut  sekali lagi apabila satu tong dram minyak ditemui di Subang Jaya pada 16 September 2015. Dalam tong dram ini ada  satu mayat yang dibungkus dengan simen.

Ini mayat  Kevin Morais  Timbalan Pendakwa Raya  Pejabat Peguam Negara dan juga SPRM. Mayat telah  beku dalam simen.

Satu Malaysia menjadi heboh sekali lagi.   Warga Internet heboh. Kesah C4 dan Altantuya kembali menjadi perbualan nasional.

Seminggu satelah mayat Kevin Morais di temui aku berjumpa  Tian Chua di Old Town Cafe. 

Tian Chua menganalisa  kes  kematian Kevin. Aku tertarik dengan teori Tian. Bukan saja tertarik malah aku nampak ada kebenaran dari andaian yang dibuat  oleh Tian.

‘ Kevin  is English educated... sekarang  banyak peguam dalam AG chambers lulus dari UITM atau UIA... bahasa Inggeris mereka tak powerful....so  the drafting of the  charge sheet...  dan persediaan untuk kes Najib kalau dalam BI pasti Kevin yang tulis... Kevin tahu semua... ‘ Teori Tian muncul  seminggu sesudah mayat  Kevin di temui dan tong dram bersimen.

Aku hampir setiap malam akan datang ke Old Town Cafe. Di Cafe ini aku bertemu kawan-kawan.

Aku ingat lagi  sebelum kes Gani dan kes mayat  Kevin aku selalu membayangkan politik jalan raya yang memberikan impak yang besar pada politik Malaysia. 

Satu malam di Old Town Cafe dalam bulan  Jun 2015  terlintas dalam kepala aku bahawa sesuatu  yang baru wajib diakukan di Malaysia. Ini untuk menyambut  laporan  1MDB dari NYT.

Aku adalah sosok tegar yang mengajukan  teori sebelum pilihan raya perlu ada  jalan raya. Jalan raya yang aku maksudkan ini tunjuk perasaan di jalan raya. 

Tahun 2015 aku menjadi Sosok Rujuk untuk Bersih 2.0. Aku dijemput hadir dalam semua mesyuarat Bersih. Boleh memberi pandangan dan berhujah.

 Awal sebelum ini  aku juga menjadi ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih. Aku letak jawatan bila aku terlibat secara langsung dalam  menyusun Himpunan  Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari  2013 di Stadium Negara.

Ketika ini hubungan aku amat baik dan rapat dengan Mat Sabu pemimpin penting dalam  parti PAS. Parti Islam PAS juga ketika ini bersama dalam Pakatan Rakyat yang berkuasa di Selangor dan Pulau Pinang.

Kejayaan Himpunan Kebangkitan Rakyat dimana lebih dari 200,000 warga berkumpul  di Stadium Negara menjadikan aku lebih berahi untuk melakukan satu demo yang  lebih hebat dan bersejarah.

Pada satu malam dalam  bulan  Jun 2015 aku  terfikir biasanya demo Bersih 1 & 2 dan 3 berjalan pada hari Sabtu jam 2 petang. Lewat petang  bersurai. Atau disuraikan oleh FRU.

Dari poket aku mengambil keluar telefon Nokia merah. Aku  melihat kalender tahun 2015. Aku ngelamun sendirian. Aku ternampak  Hari Merdeka 31 Ogos 2015 jatuh pada hari Senin.

Ureka !  Aku mengambur berdiri  bila melihat tarikh ini.  

Dalam kepala aku : Sabtu 29 mula berdemo hingga hari Ahad, Senin cuti umum. Ertinya  demo dan  bermalam di Dataran Merdeka.  Dua hari berdemo ini belum pernah berlaku. Aku mahu membuat sejarah.


Malam itu aku bertemu Dikin. Aku meluahkan cadangan demo Bersih 4 di adakan selama  dua hari di Dataran Merdeka.

‘ Ok Sham.... rare.... belum pernah  dibuat.... ‘ Dikin menyokong pandangan aku.

‘ Aku akan cadang  pada Maria... Ambiga hal  demo ni dia slow   sikit....’ Aku beri penjelasan.

Telor Bersih 4 menetas di Old Town Cafe. Aku jual idea ini pada Tian dan Mat Sabu. Bila  sosok berdua ini dapat aku yakinkan maka semua akan beres.

Ha  ha ha. 

Di Old Town Cafe aku tersenyum. Semua teratur dengan baik. Berita 1MDB dan Jho Low  sudah keluar dalam NYT. Berita ini telah berjaya membakar kemarahan rakyat.

Seperti di rancang oleh Zeus ketika aku berfikir tentang  Bersih 4 ketika inilah  Gani Patail di lucutkan jawatan.  Inilah sejarah yang wajib aku rakamkan. (TT)

TULISAN INI DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL
MALAYSIANOW.COM
https://www.malaysianow.com/my/opinion/2023/04/07/dari-brickfields-bahagian-4




Tiada ulasan:

Catat Ulasan