Sabtu, 29 April 2023

PADA TAHAP INI DUNIA MASIH BOLEH DISELAMATKAN



PADA TAHAP INI

DUNIA MASIH

BOLEH DISELAMATKAN

AMIN



Unknown
 commented on 



Enche' TT, perubahan iklim itu akan tetap berlaku tak kira apa protest dilakukan kerana alam semesta ini adalah dinamik. Kajian-kajian melaporkan bumi bergerak mendekati matahari dan lubang gelap (black hole) dan perubahan-perubahan sistematik sains yang berkaitan. Banyak perubahan iklim dan muka bumi telah berlaku sejak dahulu kala lagi dan dinamism alam dan bumi itu berubah untuk mencari keseimbangan baru dan ia sentiasa berubah dan berterusan. 

Perubahan ini tidak dapat di atasi tapi mungkin hanya dapat dilambatkan sedikit sahaja dengan menggunakan bandingan kepada skala alam semesta. Apa yang dilakukan oleh semua hidupan di dunia ini ialah mereka perlu berubah untuk menyesuaikan diri dengan perubahan iklim sekitaran. 

Inilah yang telah dilakukan oleh semua hidupan sejak dahulu kala lagi. Yang kuat akan terus hidup. Yang lemah pupus. Itulah yang mungkin telah berlaku kepada dinosaur dan puak - puak yang tidak boleh berubah menyesuaikan keadaan. Manusia dengan kebijaksanaan otaknya akan terus hidup mengharungi perubahan itu dengan teknologi baru yang dicipta.

Apakah mereka yang membuat protest itu sebenarnya telah memberi sumbangan kepada usaha melambatkan perubahan iklim sedangkan mereka membuat sampah sarap di jalan-jalan raya mereka buat perhimpunan protest itu dan menggunakan bahan-bahan plastik seperti botol-botol plastik air, membakar bahan-bahan dengan asap hitam berkepul-kepul naik ke atas dan menaikkan suhu sekitaran semasa protest. 

Mereka masih nenggunakan kereta yang kurang efisyen dalam sistem pembakaran sehingga mengeluarkan kadar gas ekzos yang tinggi dan mereka tidak berupaya membeli kereta yang efisyen sebab mahal dan sebagainya. Jadi ianya berkait kepada sistem ekonomi dunia bukan hanya politik. Apajah yang telah berlaku kepada budak pompuan dari Denmark itu yang telah menjadi terkenal apabila berani menegur Obama atau Amerika di PBB. Khabar angin mengatakan dia dah jadi kaya pun dengan glamor yang telah diperolehinya... Kahkahkah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan