Jumaat, 14 April 2023

PAS NAK AJAR ANWAR


Rakyat ada peluang ‘ajar’ kerajaan semasa PRN – Roslan

KUALA LUMPUR – Rakyat masih ada peluang ‘mengajar’ Kerajaan Perpaduan yang dikatakan gagal menangani pelbagai isu melibatkan mereka khususnya berkaitan kenaikan kos sara hidup.

Setiausaha Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, rakyat boleh menghantar mesej kepada pihak berwajib pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.


Menurut beliau, orang Melayu khususnya perlu berpakat untuk membawa perubahan melalui sistem demokrasi dan menegur kerajaan.

“Paling bijak biar ada semak dan imbang atau check and balance dalam sistem kerajaan federalisme ini.

“Putrajaya sudah di tangan Pakatan Harapan (PH) – Barisan Nasional (BN), lalu untuk semak imbang yang telus, kita pastikan enam negeri ini diserah ke Perikatan Nasional (PN) pula,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Roslan percaya kemenangan PN di enam negeri berkenaan akan membuka mata kerajaan Persekutuan dan menyebabkan mereka bekerja keras untuk rakyat.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berharap kerajaan membenarkan pengeluarkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersasar untuk rakyat yang berdepan masalah kewangan.

“Yang melalui pengeluaran ini dapat membantu kehidupan mereka dan mungkin jalan keluar untuk memperbaiki kehidupan masing-masing,” jelasnya.

Roslan menambah, mereka yang mempunyai tunggakan pinjaman bank sepatutnya dibantu dan mereka semakin terseksa walaupun mempunyai simpanan dalam KWSP.

“Benar KWSP ini adalah simpanan tetap untuk masa tua. Tetapi mereka yang terkesan hari ini, tidak akan mampu meniti hidup seterusnya apatah lagi sampai ke usia tua kiranya kemampuan mereka hari ini tersekat,” katanya.

Beliau berkata, rakyat kecewa apabila tuntutan mereka tidak dilayan sebaliknya kerajaan membenarkan mereka membuat pinjaman mencagarkan simpanan KWSP. – 

WOIT

PAS NI CAKAP

BESAR

KAH KAH KAH

NAK AJAR

KERAJAAN

KAH KAH KAH

NANTI SPRM

MASUK BARU

SEMUA KECUT

KAH KAH KAH

KERAJAAN ADA

SPRM

KAH KAH KAH

PAS ADA APA?

ELEEEK

KAH KAH KAH

AMIN

3 ulasan:

  1. Kah kah kah ajar diri supaya jadi baik manusia yang terbaik tak curi tak jual balak, tak rasuah kiri kanan, tak jual pasir tanah kah kah balak tak curi jugak, atur air bersih dulu baru sembang lain lah, bukan kita nak puji yang ada tapi engkau orang lagi malas, jadi duta Arab tapi Haram masuk tanah Arab, nak jadi ahli Parlimen tapi malas datang Parlimen, apa nak jadi, rakyat nak ajar engkau orang lagi kah kah kah kah syukur kita masih ada isle belakang woit kalau tidak lama dah masuk lokap woit kah kah kah satu persatuan sekalian klister penjara, buat parti dalam penjara kah kah kah

    BalasPadam
  2. Masa PAS berada dalam kerajaan dulu semasa Yidin dan Mail jadi PM harga barang turun ke? Kos sara hidup turun ke? PAS ni labun tinggi melagit RUU355 pun tak sentuh langsung masa masa PAS dalam kerajaan LUAR TABII kerajaan pintu belakang dulu, dah menang lebih sikit dah naik tocang, tiga tahun dalam kerajaan luar tabii PAS buat apa???

    BalasPadam
  3. Apa modal ada lagi pada PAS? Saja tanya jangan marah, kalau pakai bangsa kah kah kah Melayu? Kalau pakai agama mestilah Isle, tak ada modal lain, ajar ajar agama dengan baik, buat cara betul, buat terbaik untuk angkat mertabat agama sampai langit, bagi tahu umat supaya jangan bagi lesen balak kerana duit, bagi air bersih kepada rakyat, buat kerja rajin hadir Parlimen, jangan ponteng jangan makan gaji Haram tanpa kerja, bagi tahu kalau makan minum bayar sendiri, kalau menonton porno jugak bayar sendiri, jangan buat malu, kalau dapat 90juta sedekah kepada umat, jangan veli Audi,jangan mengidam nenas bini orang, ajak umat supaya tidak pamerkan scud dalam media social, rakyat gempar takut melihat scud Senik macam scud sadam Hussein, ajar umat supaya jangan jaga kain orang, rumah sendiri atur dulu, perbaiki diri dahulu, jangan nak jadi polis moral kalau diri pun tak berapa betul, minta umat jadi Isle yang baik bukan Tok Arab yang jahat kah kah kah boleh tak??? Ajak rakyat ajar rakyat jangan jadi otak beku sikit kah kah kah

    BalasPadam