Sabtu, 8 April 2023

PAS SERANG ANWAR LAGI


PMX usah terlalu angkuh burukkan bangsa Melayu

SECARA dasarnya, ucapan Anwar Ibrahim dalam suatu perhimpunan kementerian di hadapan kakitangan kerajaan menyatakan ‘Melayu Islam jangan terlalu selesa dan angkuh’ datang daripada sosok Perdana Menteri yang hanya mendapat 11 peratus undi Melayu bersifat menghina dan hanya memburukkan orang-orang Melayu di negara ini.

Bahkan, kita melihat prestasi parti Pakatan Harapan di bawah pimpinan Perdana Menteri ke-10 (PMX) ini dilihat terlalu apologetik dan menikus bila bercakap soal perihal hak keistimewaan orang Melayu, hak orang Islam dan sebagainya.

Ia seolah-olah kerajaan hari ini sudah hilang keazaman politik identiti menjaga hati orang Melayu Islam yang merupakan kaum majoriti di mana puluhan tahun orang Melayu bertolak ansur, bersabar dengan dasar pelaksanaan kerajaan sedia ada, serta bersikap toleransi dengan kaum lain untuk hidup di negara ini dengan aman dan harmoni.

Ini diburukkan lagi bila mana hanya dengan suatu lawatan PMX ke Phnom Penh berbuka puasa bersama Perdana Menteri Kemboja Hun Sen. Berbuka puasa bersama 6,000 Muslim Kemboja terus mahu dibangga-bangga, diulang bicara bahawa Melayu majoriti Malaysia wajar contohi Hun Sen dan rakyat majoriti Buddha di sini. 

Ironinya, Hun Sen yang lahir sejak tahun 1952 sudah menjadi Perdana Menteri Kemboja hampir mencecah 38 tahun pemerintahan. Ironinya rekod yang pelbagai seperti menekan hak asasi kebebasan manusia amat buruk seperti dalam laporan Human Right Watch (https://www.hrw.org/report/2015/01/12/30-years-hun-sen/violence-repression-and-corruption-cambodia) dengan pemerintahan diktator, pelbagai skandal rasuah, tekanan politik bahkan pembunuhan berlaku di sepanjang pemerintahan lelaki bernama Hun Sen ini.

Justeru, Pemuda PAS Negeri Selangor menganggap kenyataan  yang dilontarkan oleh PMX bersifat memburukkan orang Melayu yang jauh sekali untuk bersikap angkuh dan selesa.

Pemuda PAS Negeri Selangor menyeru umat Islam untuk bangkit dan sedarlah bahawa sesungguhnya negara kita hari ini sedang tenat ditadbir oleh mereka yang mengenepikan kepentingan orang Melayu secara jelas dan nyata. Amaran tegas dan tuntas dilaungkan oleh Pemuda PAS Negeri Selangor agar PMX membetulkan dan meminta maaf kepada kaum Melayu Islam majoriti kerana menghina kaum majoriti tanpa sebarang bukti kukuh dan ampuh.

ABDUL BASITH ABDUL HALIM
Ketua Penerangan Pemuda
Dewan Pemuda PAS 
Negeri Selangor 



DALAM POLITIK

APA SAJA BOLEH

DI GUNA UNTUK

SERANG MUSUH

KAH KAH KAH

SALAH BENAR

TAK PENTING

AMIN

YANG PENTING

TIBAI DULU

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan