Sabtu, 8 April 2023

PENCURI ROSAKKAN LEMBAGA HUKUM MALAYSIA



Hukum pihak campur tangan dalam urusan kehakiman, kata peguam


PEGUAM mendesak supaya prosiding menghina mahkamah dilakukan terhadap mana-mana pihak yang campur tangan dalam badan kehakiman, termasuk mereka yang cuba merampas kuasa untuk menyiasat hakim.

Mereka berkata demikian merujuk kepada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali. Agensi anti rasuah itu membuat kesimpulan Nazlan mempunyai konflik kepentingan dalam kes SRC International membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak.

Peguam berkata SPRM tidak ada bidang kuasa menyiasat tingkah laku hakim, kerana ia tertakluk kepada kod etika hakim dan memerlukan tindak balas kehakiman.

Presiden Majlis Peguam Karen Cheah berkata tindakan SPRM adalah terang-terangan campur tangan oleh eksekutif dalam pentadbiran kehakiman.

Beliau berkata ia jelas adalah cubaan untuk menghakis kebebasan dalam bidang kehakiman.

“Mungkin tindakan lebih drastik seperti prosiding menghina mahkamah perlu diambil terhadap mereka yang membangkitkan atau terus membangkitkan perkara ini, hanya untuk mencetuskan keraguan terhadap sesuatu kes yang sudah pun selesai.

“Terutama sekali apabila Mahkamah Persekutuan sudah pun memberikan keputusan akhirnya, dan semua jalan perundangan di mahkamah sudah digunakan oleh bekas perdana menteri (Najib),” katanya.

Pada Rabu, SPRM berkata Nazlan – yang mensabitkan Najib bersalah bagi beberapa pertuduhan kes rasuah menyeleweng dana SRC International – mempunyai konflik kepentingan dalam kes itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Azalina Othman Said mengesahkan perkara itu dalam satu surat bertarikh 20 Mac kepada peguam Najib, Shafee & Co.

Berdasarkan kepada dapatan SPRM bertarikh 20 Februari, Azalina berkata Nazlan melanggar kod etika hakim da nada konflik kepentingan.

Shafee & Co menulis surat kepada Azalina pada 15 Mac, bertanya sama ada SPRM menemui konflik kepentingan dalam siasatannya, dan jika ada, adakah ia sudah menulis surat kepada Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat untuk mengesyorkan supaya Nazlan dikenakan tindakan disiplin.

Cheah berkata SPRM menjejaskan kebebasan kehakiman menerusi tindakannya itu, menambah ia hanya boleh dilihat sebagai SPRM menekan badan kehakiman walaupun ia tidak mempunyai kefahaman sebenar tentang bagaimana proses kerja pentadbiran kehakiman.

“Malah, nampaknya seperti SPRM mahu mengambil alih peranan kehakiman dan sama ada cuba secara tidak langsung membatalkan keputusan Mahkamah Persekutuan yang dibuat pada Ogos 2022 dan 31 Mac, 2023 berkenaan isu konflik kepentingan, atau SPRM mahu mengambil alih tugas jawatankuasa etika hakim.

“Daripada laporan media, nampaknya SPRM tidak menunjukkan pemahaman sebenar atau kecekapan berkenaan perkara berkaitan kod etika kehakiman, dan ia gagal menghargai bagaimana kerja pentadbiran kehakiman.

“Kurangnya pemahaman tentang perbezaan antara kod etika kehakiman dan rasuah sangat membimbangkan, terutama apabila ia adalah organisasi utama yang sepatutnya berusaha untuk membanteras rasuah dalam negara ini.”

Cheah berkata Majlis Peguam akan mendesak pembaharuan dilakukan kepada struktur dan pelantikan dalam SPRM.

“Proses baik pulih sepenuhnya amat diperlukan. SPRM pada masa ini dilihat gagal merealisasikan potensi sebenarnya, dan sebaliknya bukan mengurangkan indeks rasuah dalam negara, malah mereka masuk pula ke bidang kuasa yang bukan milik mereka.” – 8 April, 2023.

WOIT

PUKI LANCAU BETUL

KERANA SEORANG

PENCURI ROSAK

LEMBAGA HAKIM

MALAYSIA

AMIN

TEKAN SANA

JOLOK SINI

DAH  TERBUKTI

SALAH TAPI

 TAKNAK

MASUK JIL

CIIISSS 

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

  1. Nie dah mmg janji Anwar le umno.lu gaduh apa,atok dah ckp dulu. Kali nie najib lepas kerana undi Cina keling.kahkahkahkah

    BalasPadam