Saya akan berusaha bayar berapa pun harganya – Sanusi
KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi MD Nor bersedia membayar ganti rugi RM120,000 kepada bekas Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar seperti yang diperintahkan oleh Mahkamah Rayuan semalam.
Tulis Sanusi dalam Facebook beliau, beliau akan bertanggungjawab untuk melunaskan tuntutan selepas mahkamah mendapatinya bersalah melakukan kenyataan fitnah.
Malah kata Sanusi, walauapapun jumlah ditentukan oleh mahkamah beliau akan berusaha untuk membayarnya secepat mungkin.
“Saya didapati bersalah oleh mahkamah dan diperintahkan membayar ganti rugi RM50,000 oleh Mahkamah Tinggi, kemudian dinaikkan kepada RM120,000 oleh Mahkamah Rayuan kerana RM50,000 didapati terlalu rendah oleh plaintif.
“Mereka membuat ‘counter appeal’ untuk tuntut lebih tinggi. Apabila sudah didapati bersalah, menjadi tanggungjawab saya untuk melunaskan tuntutan mereka. Saya akan berusaha bayar berapa pun harganya,” katanya.
Semalam melaporkan Mahkamah Rayuan memerintahkan Muhammad Sanusi Md Nor membayar ganti rugi kepada Mahfuz Omar selepas kenyataan fitnah empat tahun lepas.
Dalam pada itu, Sanusi turut meletakkan kembali kenyataan beliau berkaitan isu judi di negeri tersebut.
.
“Posting inilah yang didapati saya bersalah oleh mahkamah dan diperintahkan membayar gantirugi.
”Sebagai ahli dan pimpinan PAS serius dengan usaha membanteras kegiatan perjudian di Kedah, sebaik mengambilalih kerajaan sejak 17 Mei 2020, maka satu langkah besar dibuat mulai tahun 2021-2022 untuk memberhentikan pengeluaran lesen premis perjudian di seluruh Kedah, apabila lesen sedia ada tamat beransur-ansur dari 2021 sehingga Disember 2022.
”Mulai Januari 2023, tiada lagi premis perjudian berlesen di seluruh Kedah, selari dengan keseriusan PAS menghentikan kegiatan yang merosakkan seluruh masyarakat di negeri ini,” ujarnya.
Untuk makluman, pada November 2021, Mahfuz menang saman fitnah yang difailkan terhadap Sanusi, dengan Mahkamah Tinggi mengarahkan Sanusi membayar RM50,000 kepada Mahfuz.
Sanusi didakwa memfitnah Mahfuz selaku wakil rakyat Pokok Sena terlibat dalam isu pemindahan Sport Toto ke kawasan itu menerusi laman sosialnya pada tahun 2019.
Dia lagi popular dari Hadi Awang, muka baru brutal tapi akal kurang sikit, cakap merapu ala sado Siam kah kah kah mulut tarak insurance punya orang KEDAH suka lah woit kah kah kah
BalasPadamKenapa Speaker merah telinga tiap kali perkataan "liwat" dilaungkan dalam dewan...
BalasPadamArwah Kapal Sink kata "Anwar harus bertaubat"
Kalau tak buat liwat kenapa harus taubat..!?
Acap kali liwat dibangkitkan parlimen, Speaker tegur cubaan aibkan PM... Makin merah padam muka muka Rafizi Lim Guan Eng Mat Sabu..
Kalau "China doll" pulak disebut agak agak sapa yang merah muka..!!!??
Kalau liwat dah merah telinga..perkataan "AlJuburi" pulak kalau di sebut siapa yang terasa merah muka dan merah telinga...
Certeka certeka ahli Parlimen mana yang merah muka dan panas telinga..!!
Cer teka.. cer teka..!!
Kikikikiki...
Dia tak kisah pun berapa banyak, dia MB Allah senang saja, bagi satu projek bagi satu tanah bagi satu lesen settle lah, dia tak kisah sebab orang lain akan bayar, no problem selagi ada jawatan kah kah sebab itu tak kisah akan bayar senang saja nak kira, power MB wow bukan sikit, lulus satu projek settle satu tahun pun masalah ini berlaku bukan fitnah, ingat semua bergaduh nak rampas kuasa jawatan nak membela rakyat jelata kah? Kalau masih fikir begini maka rakyat lah bodoh, mereka ini nak kuasa nak jawatan supaya diri mereka senang lenang bukan membela rakyat, kena faham motif mereka itu saja, apa saja boleh guna untuk capai hasrat matlamat mereka, cara tak penting cuma objektif penting dalam politik, kah kah kah, sebab apa haram Magnum Toto Kuda di Kedah? Cukai masuk kerajaan persekutuan bukan negeri, apa negeri untung? Cuba lulus cukai judi masuk akaun negeri, akan lulus lah semua kedai tersebut, kah kah kah, sekarang semua beli MKT ini secara haram talian senang, siapa untung? Mesti lah penguatkuasaan tempatan, mat mat ronda pau kiri kanan kah kah kah
BalasPadam