Ahad, 30 April 2023

SEMUA MAHU NAJIB TERUS DALM JIL


Jangan buat kenyataan jejaskan kerajaan perpaduan, kata Tok Mat

KENYATAAN pengarah komunikasi Amanah Khalid Samad merayu kepada Yang di-Pertuan Agong dan Lembaga Pengampunan supaya menolak permohonan pengampunan Najib Razak adalah tidak wajar dan boleh menjejaskan hubungan kerajaan perpaduan, kata Mohamad Hasan.

“Memang ada yang sukar dikawal dalam setiap parti. Jadi kami tidak mengambil kira kenyataan sedemikian.

“Jika kita mahu memelihara keharmonian dan hubungan baik, tolong jangan buat kenyataan yang boleh memberi kesan negatif kepada orang lain,” kata timbalan presiden Umno itu dipetik The Star pada majlis rumah terbuka Hari Raya beliau di Rantau hari ini.

Terdahulu Presiden Amanah Mohamad Sabu cuba menjauhkan parti daripada kenyataan Khalid apabila beliau mengisytiharkan meminta Agong untuk menolak pengampunan itu bukan pendirian parti.

Beliau berkata setiap orang mempunyai hak untuk memberikan pendapat mereka seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan Persekutuan tetapi pandangan Khalid bukan pendirian parti.

Beliau berkata dalam konteks organisasi, pandangan individu tidak mewakili organisasi atau parti melainkan keputusan rasmi dicapai dalam mesyuarat.

Ahli Parlimen Kota Raja itu berkata, ahli Amanah mempunyai hak untuk mengeluarkan pendapat mereka, tetapi ia masih tertakluk kepada keputusan parti.

Mohamad Hasan yang juga Menteri Pertahanan mengingatkan anggota Barisan Nasional supaya mengelak daripada membuat kenyataan yang mencampuri urusan komponen dan menumpukan kepada pengukuhan parti.

“Sekiranya kita (termasuk dalam kerajaan perpaduan) boleh melakukan ini, maka kita akan menjadi kuasa yang sukar digugat.

“Kita tidak sepatutnya mencampuri urusan orang lain.

“Sebaliknya kita harus bimbang mengenai hal ehwal kita sendiri,” katanya dipetik sebagai berkata dalam laporan The Star.

Awal minggu ini, Khalid merayu kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menolak permohonan pengampunan Najib.

Beliau berkata ini kerana ia tidak mahu rakyat hilang keyakinan terhadap kerajaan dan institusi raja-raja Melayu.

Pengampunan itu jika diberikan akan menghantar mesej yang salah kepada dunia mengenai sikap Malaysia terhadap rasuah, apabila beberapa negara turut mendakwa pelaku skandal 1Malaysia Development Bhd, kata Khalid.

Pendirian Amanah menimbulkan kebimbangan besar dalam Umno dengan beberapa pemimpin negeri menggesa Umno memutuskan hubungan dengan Pakatan Harapan (PH).

Awal hari ini ahli Majlis Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi melabel Amanah sebagai parti yang tidak boleh dianggap sebagai kawan sejati, walaupun mereka bersama dalam kerajaan perpaduan.

Beliau berkata Amanah hanya sekutu politik dan bukan rakan kongsi yang boleh dipercayai selepas parti itu berkata ia tidak akan menyokong sebarang langkah pengampunan untuk Najib.

Amanah adalah komponen PH, yang menerajui kerajaan perpaduan dengan sokongan Umno dan Barisan Nasional serta parti lain.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, yang juga timbalan perdana menteri, memberitahu Amanah supaya tidak mengganggu proses pengampunan dan membenarkan Agong memutuskannya.

Lembaga Pengampunan, yang bersidang pada Jumaat, bagaimanapun dilaporkan tidak mendengar permohonan Najib daripada 28 permohonan yang didengari. – 30 April 2023.

WOIT

INI SEMUA

TIMBUL BILA

ISU NAJIB TIDAK

DI BINCANG OLEH

LEMBAGA AMPON

KAH KAH KAH

MAKA

 NAK SALAHKAN

AMANAH

KHALAS

WALHAL SEMUA

MAHU PENCURI

TERUS DALM JIL

 KHALAS 

SEBAB ITU 

LEMBAGA AMPUN

TAK BINCANG 

HAL PENCURI

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan