Rabu, 12 April 2023

TUNGGU MAK BAPAK MASUK JIL

 



Bicara kes 1MDB saman anak tiri Najib didengar Oktober 2024

MAHKAMAH menetapkan untuk mendengar perbicaraan kes tuntutan terhadap Riza Shahriz Abdul Aziz iaitu anak tiri kepada bekas perdana menteri Najib Razak membabitkan nilai RM1.1 bilion pada Oktober dan November 2024.

Peguam Desmond Low yang mewakili Riza mengesahkan tarikh perbicaraan itu di hadapan Hakim Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan.

Perbicaraan ditetapkan pada 16-18, 21-25, 28 Oktober dan 1 dan 4 November.

Pada 2021, 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan tiga anak syarikatnya memfailkan tuntutan terhadap Riza, yang juga seorang penerbit filem Hollywood serta dua syarikatnya Red Granite Pictures Inc dan Red Granite Capital Ltd, kerana menyalahgunakan wang negara AS$248 juta, termasuk bagi membiayai pembikinan filem dan membeli hartanah.

Plantif akan membuktikan Riza bertanggungjawab atas salah guna dana itu dan memulangkan semula wang berkenaan.

Dalam penyata pembelaannya, Riza berkata wang berkenaan adalah pinjaman daripada kerabat diraja Arab Saudi atau International Petroleum Investment Company, bukannya 1MDB.

Katanya, beliau perlu mencari pembiayaan kerana sukar bagi penerbit filem yang tidak terkenal sepertinya untuk mendapatkan pinjaman bank.

1MDB dan tiga subsidiarinya iaitu 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited dan 1MDB Energy (Langat) Limited selaku plaintif memohon dokumen antaranya surat berkenaan penerimaan serta penggunaan dana AS$10,173,104 oleh Red Granite Pictures dan AS$238 juta oleh Red Granite Capital. – 12 April, 2023.

WOIT

KENAPA LAMBAT

SANGAT

AMIN

NAK TUNGGU

KERAJAAN BARU

ATAU NAK TUNGGU

MAK AYAH

MASUK PENJARA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan