Sabtu, 6 Mei 2023

ANWAR AKAN DI GULING ?


Desas-desus bakal digulingkan, Anwar cabar bawa ke Parlimen

PERDANA Menteri Anwar Ibrahim berkata sekiranya pihak pembangkang berhasrat mencabar pentadbiran kerajaan, beliau meminta supaya mereka membawa usul mengenai perkara itu ke Parlimen.

Katanya beliau bukanlah seperti perdana menteri terdahulu yang menurutnya memilih mengisytiharkan darurat atau menangguhkan sidang Parlimen, sebaliknya beliau sedia ‘bertempur’ sekiranya pihak pembangkang mahu mencabar.

“PM (perdana menteri) sekarang dalam kerajaan perpaduan memilih untuk ‘bertempur’ di Parlimen untuk lihat siapa yang ada angka. Kalau mahu dicabar, cabar di Parlimen nanti…saya yakin dengan angka…kita (kerajaan perpaduan) masih pertahankan (sokongan) 148 Ahli Parlimen.

“Saya sedia bertempur di Parlimen sekiranya pihak pembangkang benar-benar mempunyai angka,” katanya semasa berucap di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI di Bukit Mertajam, hari ini.

Media sosial sebelum ini heboh melaporkan desas-desus mengenai Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) Hamzah Zainudin yang dikatakan memiliki cukup Surat Akuan Bersumpah (SD) untuk mengambil alih jawatan perdana menteri.

Anwar yang juga menteri kewangan meminta pihak yang mendakwa memiliki cukup SD untuk mengambil mengambil alih jawatan perdana menteri membawa usul mengenainya pada sidang Parlimen akan datang.

“Bawa usul ke Parlimen, saya tidak akan mengelak daripada membentangkan usul undi tidak percaya dan saya akan berdepan dengan semua ahli-ahli berhormat untuk selesaikan isu ini tapi syaratnya biar ini episod ini berakhir supaya kita boleh tumpu perhatian kepada pembangunan negara,” katanya.

Sementara itu, Anwar berkata dalam tempoh beberapa bulan lepas ini hasil negara bertambah kerana keyakinan pelabur terhadap pimpinan dan kerajaan perpaduan yang stabil.

“Jangan sabotaj kerajaan perpaduan…kita sudah beri ruang, jangan cuba mengganggu-gugat pentadbiran sekarang. Kalau enggan henti, kita akan bertindak sewajarnya tanpa tolak ansur,” katanya.

Beliau berkata apa yang dilakukan oleh pimpinan sekarang adalah untuk menghentikan salah laku pimpinan, penyelewengan rasuah dan menggunakan keuntungan ahli keluarga dalam kerajaan sebelum ini. – Bernama, 6 Mei, 2023.

WOIT

INI HEBAT

INI BERANI

INI BETUL

AMIN

TAPI ADAKAH

TUAN SPEAKER

AKAN BENARKAN

USUL TIDAK

PERCAYA

KAH KAH KAH

TOK EZI

PUTAR LAGI EZI

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan