Rabu, 24 Mei 2023

APA BOLEH TANAM KITA TANAM

Petani tuntut penyelesaian jangka masa panjang atasi isu lambakan sayur

ISU lambakan sayur yang berlaku sekarang akibat persaingan di pasaran antara bekalan sayur tempatan dan import sehingga memaksa segelintir petani membuang hasil tanaman mereka, memerlukan satu penyelesaian jangka masa panjang, kata beberapa petani.

Mereka memberitahu The Malaysian Insight keadaan sama sudah berlaku berulang kali namun setiap kali itu pihak berkuasa menawarkan penyelesaian jangka masa pendek menyebabkan isu itu tidak pernah selesai dan sering berulang.

Suhaimi Mat Isa, 47, yang mengusahakan tanaman terung dan tembikai wangi di Durian Tunggal, Melaka bersama rakannya berkata permintaan pemborong untuk membeli hasil mereka mula berkurangan selepas sambutan Tahun Baru Cina pada Februari lepas.

Keadaan semakin kritikal pada awal bulan ini apabila langsung tiada pemborong yang datang, memaksa mereka akhirnya membuang hampir 30 bakul terung.


“Kita terpaksa buang sebab terung ini macam mana pun kita kena petik kalau tidak pokok kita akan rosak. Masalahnya pemborong yang selalu beli dekat kita tak datang.

“Jadi kita tak ada pilihan selain terpaksa buang sahaja tanaman kita,” katanya.

Suhaimi berkata selepas rakannya dua minggu lalu memaparkan video hasil terung yang mahu dibuang, wakil Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) datang ke kebun mereka untuk membeli sebahagiannya.

Namun baginya tindakan agensi itu hanya langkah jangka masa pendek dan tidak menyelesaikan masalah sebenar yang mereka hadapi.

Suhaimi percaya isu lambakan sayur timbul akibat tiadanya kawalan terhadap kemasukan sayur import terutamanya dari Thailand dan China.

Keadaan ini diburukkan lagi dengan pengeluaran skala besar sayur-sayuran di Cameron Highland yang menyebabkan stok pertanian di pasaran melebihi daripada permintaan.

Itu belum lagi diambil kira kesan kenaikan kos pengeluaran seperti baja dan racun, yang juga menambah beban petani, katanya.

“Itu yang saya kata, Fama datang beli dengan harga paling minimum, biasa harga ladang kita tolak dalam sekitar 80 sen ke seringgit untuk sekilo, jadi memang yang kita dapat lagi rendah daripada itu.

“Tapi tak apalah, asalkan kita tak terlalu rugi sangat. Cuma permintaan kita, ada penyelesaian jangka masa panjang,” katanya.

Misalnya, beliau mencadangkan supaya kerajaan mengawal kemasukan sayur import dengan mengenakan kuota tertentu.

“Kita bukan nak minta kerajaan mansuh (import) tapi kita nak sistem yang lebih teratur, kawalan dalam sayur import dan stok bekalan itu sentiasa dipantau sama ada kurang atau lebih supaya petani dapat bersedia,” katanya.

Pada bulan lepas, kira-kira 500 pekebun di Tanah Tinggi Lojing dekat Gua Musang mendakwa terpaksa membuang ribuan tan sayur yang tidak terjual.

Mereka mendakwa masalah itu berlaku apabila pengeluaran sayur tempatan meningkat selepas berakhir musim tengkujuh, sementara bekalan import dari Thailand dan China juga dibawa masuk ke Malaysia.

Ini menyebabkan harga sayur tempatan turun antara 30 hingga 60% sejak Februari lalu.

Kejadian yang sama pernah berlaku ketika pandemik Covid-19 apabila 60% hasil tanaman sayur dan bunga di Tanah Tinggi Lojing ketika itu tidak dapat dijual kerana pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Masalah sama dihadapi oleh pengusaha cili kampung dari Pekan, Pahang, Siti Nurul Huda Sheh  Anwar, 34, yang kemudiannya mengiklankan hasil tanamannya untuk dijual melalui Facebook.

Siti berkata isu lambakan ini berlaku kerana secara kebetulan pengeluaran cili bagi pekebun lain juga berlaku serentak selain bertembung dengan kemasukan sayur import.

“Jadi bila ada lambakan, permainan harga pun berlaku. Macam cili kampung ini biasa harga ladang RM20-30 sekilo.

“Tapi disebabkan isu lambakan ini, pemborong nak tolak harga cili ini bawah RM15, jadi memang dari situ kita dah rugi sebab tanaman cili ini termasuk dengan kos lain seperti baja, benih dan racun,” katanya.

Siti Nurul Huda mengusahakan kebun cili bersama suaminya sejak tahun 2020, ketika negara berdepan dengan pandemik Covid-19.

Kerana pandemik, Siti dan suaminya mengambil keputusan untuk berhenti kerja di Kuala Lumpur dan terus pulang menetap di kampung dengan untuk kos sara hidup lebih rendah berbanding di bandar.

“Tapi sebagai petani kita memang berdepan dengan cabaran sebab kenaikan kos input. Walau pendapatan kasar dengan hasil tanaman cili kita dapat RM10,000 bagi satu musim iaitu dalam empat bulan tapi itu belum ditolak dengan kos input anggaran RM5,000.

“Kemudian dalam RM5,000 itulah kita nak bertahan untuk hidup sampai kita dapat hasil cili, kadang kami suami isteri ini tak bergaji pun,” luahnya.

Bagi pemborong sayur di Pasar Chabang Tiga, Kuala Terengganu, Mamat Embong, dia sudah tidak lagi mengambil bekalan timun Jepun dari Cameron Highland sejak awal bulan lepas.

Katanya, biarpun timun Jepun dijual borong dengan harga murah antara 30 hingga 50 sen sekilogram namun beliau mahu memberi keutamaan kepada petani tempatan.

“Keutamaan kita adalah kepada pengusaha tempatan, sebab kita pun dah selalu berurusan dengan mereka. Kebanyakan pemborong di pasar ini memang tak ambil sangat sayur import ini… stok sayur daripada pengusaha tempatan dah boleh tampung permintaan.

“Jadi kita tak ambil sayur dari luar,  jadi sebab itu tak ada isu lambakan sayur di Terengganu,” katanya.

The Malaysian Insight sudah menghubungi Pengarah Fama Aminuddin Zulkifli untuk mendapatkan pandangan dan masih menunggu jawapan balas beliau.  – 24 Mei, 2023.

NEGARA KITA

WAJIB TANAM

SUMBER

MAKANAN

SENDIRI

AMIN

YANG TAK

TUMBOH BILA

DI TANAM

BOLEH IMPOT

AMIN

YANG  LAIN

APA BOLEH TANAM

KITA TANAM

AMIN

APA BOLEH

PILIHARA KITA

PILIHARA

AMIN

YANG LEBIH 

DI EKSPORT

YANG LEBIH KITA

TIN KAN

KITA BOTOLKAN

AMIN

MAKANAN 

ADALAH SENJATA

AMIN

NEGARA YG

IMPOT MAKANAN

ADALAH NEGARA

LEMAH

AMIN

SENANG KENA

PAU

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

  1. mungkin tt terlepas baca. kata kunci adalah 'pengangkutan'. penanam ada. angkutnya tiada. nadi pemodal adalah lori angkut. jika ada pengangkut rakyat boleh pindah dari penanam-pengguna

    BalasPadam