Ahad, 14 Mei 2023

BERDITARI - BERDIRI DALAM TANGAN SENDIRI


Harga barangan tak mungkin turun dalam masa terdekat, kata pengguna

KOS sara hidup di negara ini tinggi dan tidak mungkin turun walaupun Putrajaya berusaha menurunkan harga barangan, kata kumpulan pengguna dan aktivis.

Mereka mengakui terdapat usaha daripada Putrajaya untuk menurunkan harga tetapi langkah itu tidak mungkin membuahkan hasil selagi Malaysia masih bergantung kepada barangan import.

Mereka menggesa Putrajaya menggariskan perancangan konkrit, termasuk memperluaskan tanah untuk tujuan pertanian, bagi menyelesaikan isu kos sara hidup.

Pada April, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kebergantungan kepada orang tengah perlu dikurangkan dalam usaha mengawal harga barang di negara ini.

Beliau menambah harga barangan juga boleh dikawal jika orang tengah hanya mengambil keuntungan yang munasabah.

Mengambil contoh jualan Agro Rahmah sebagai contoh, beliau berkata sayur-sayuran dan barangan basah yang dijual di bawah program itu lebih murah kerana tiada orang tengah.

Bagaimanapun bercakap kepada The Malaysian Insight, Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) bersetuju Putrajaya masih belum menurunkan harga barangan walaupun beberapa inisiatif baharu sudah diambil.

Timbalan Setiausaha Agung Fomca Nor Asyikin Aminudin berkata organisasinya menerima banyak aduan daripada orang ramai terutama semasa Hari Raya.

“Tidak banyak barangan yang harganya dikurangkan. Mungkin barang kawalan tetapi barang lain masih dijual dengan harga yang tinggi.

“Di Fomca kami menerima aduan melalui media sosial dan panggilan telefon mengenai kos sara hidup. Barangan tertentu yang kurang bekalan tetapi dengan permintaan yang tinggi akan menyaksikan kenaikan harga.

“Kita perlu menstabilkan permintaan dan penawaran supaya harga tidak naik terlalu tinggi,” tambahnya.

Setiausaha Agung PSM A Sivarajan pula menggesa Malaysia supaya kurang bergantung kepada import.

Tegasnya, Putrajaya perlu mencari alternatif untuk meningkatkan produk tempatan sekiranya benar-benar serius mahu menurunkan harga barangan.

“Isu ini bukan perkara baharu. Keadaan yang sama berlaku sejak Covid-19 dan kita tidak berjaya menurunkan harga. Ini kerana kita terlalu bergantung kepada barangan import.

“Kita tidak mempunyai pelan kedua untuk menggantikan barangan import dengan barangan kita sendiri, sebab itu harganya tinggi,” katanya.

Aktivis itu menambah, kerajaan hanya mampu mengekalkan harga tetapi tidak mampu menurunkannya.

“Kementerian berkaitan perlu melakukan sesuatu mengenai perkara ini. Pelan jangka panjang mengenai bagaimana untuk menetapkan kos sara hidup diperlukan. Jika kita terus mengimport, sudah tentu kita tidak boleh menurunkan harga,” katanya.

Buka lebih banyak tanah untuk pertanian

Bagi Nadzim Johan dari PPIM, Putrajaya mesti membenarkan lebih banyak tanah pertanian dibuka.

Bersetuju dengan Sivarajan, Nadzim berkata masalah itu berlarutan selama bertahun-tahun dan tiada rancangan jangka panjang untuk memperbaiki keadaan.

“Kita mengimport dari Indonesia, Thailand dan negara jiran lain untuk barangan yang boleh kita hasilkan sendiri.

“Kalau kita boleh hasilkan sendiri serai, kunyit, halia dan lain-lain dengan tanah yang kita ada, kita boleh kawal harga dan turunkan.

“Setakat ini, tiada sebarang peningkatan. Setiap kali ada musim perayaan barang-barang akan menjadi mahal. Ia akan turun sedikit selepas ia berakhir tetapi akan naik semula.

“Kita perlu mengekalkan harga, pastikan ia tidak mahal, ia hanya boleh berlaku jika kita mempunyai perancangan yang baik. Kerajaan dan rakyat perlu memainkan peranan,” katanya.

Pada Februari, tinjauan dari Universiti UCSI menunjukkan 89% daripada responden “sangat prihatin” mengenai peningkatan kos sara hidup kerana ia menjejaskan pendapatan mereka.

Inflasi meningkat sebanyak 0.8%, daripada 2.5% pada 2021 kepada 3.3% pada 2022, menurut Jabatan Perangkaan.

Dalam kaji selidik ke atas rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas juga mendapati 61% daripada responden tidak menganggap kerajaan melakukan secukupnya untuk menangani perkara itu.

Menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, indeks harga makanan global selepas Covid meningkat daripada 95.1 pada 2019 kepada 143.7 pada akhir 2022. – 14 Mei, 2023.

HARGA BARANG

TAK AKAN TURUN

AMIN

KITA WAJIN

BERDITARI

AMIN

BERDIRI DALAM

TANGAN SENDIRI

KAH KAH KAH

TANAM SAYUR

PILIHARA AYAM

TERNAK BABI

AMIN

MULAKAN KEMPEN

BUMI HIJAU

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan