Ahad, 7 Mei 2023

BERHENTI 24 JAM DARI OPIS PMX



Ketua pasukan komunikasi Perdana Menteri ‘berhenti’ 24 jam?
KUALA LUMPUR – Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Strategik Perdana Menteri, Datuk Wan Nurzila Abd Rahman, dikatakan telah tamat perkhidmatan dengan notis 24 jam semalam.

Menurut sumber, Wan Nurzila ‘diberhentikan’ berikutan krisis antara beberapa fraksi komunikasi dalam kalangan jentera Perdana Menteri dan kegagalan kempen Malaysia Madani.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berhadapan pel,bagai kritikan rakyat berikutan kekeliruan dasar dan pendekatan yang tidak meyakin dala  melaksanakan polisi untuk negara.

Selain itu, krisis antara PMO dan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) dikatakan antara punca utama penamatan tugas Wan Nurzila. PMO dan J-KOM dilihat mempunyai hala tuju berbeza menyebabkan imej kerajaan kian lemah.

Sejak beberapa hari lalu, Ketua Pengarah J-KOM,  Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, terpaksa tampil mempertahankan dirinya bukan ‘cybertrooper’ (tentera maya).

Manakala dalam lingkungan politik Perdana Menteri, Mohammad Agus dikatakan mempunyai masalah dengan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Shamsul Iskandar dan Nurul Izzah Anwar.

Bagaimanapun sehingga berita ini ditulis, SuaraTV masih belum mendapat pengesahan dari Pejabat Perdana Menteri atau mana-mana sumber kerajaan mengenai berita ini.

WAT IS

DE BIKOS

KAH KAH KAH

PASAI APA

LETAK JAWATAN

KAH KAH KAH

INI TAK MADANI

INI DI LUAR TABII

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan