Sabtu, 13 Mei 2023

LEBIH PANAS AKAN SAMPAI !!!


KKM rekod 14 kes strok haba setakat semalam, kata timbalan menteri

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) merekodkan sebanyak 14 kes strok haba akibat cuaca panas setakat semalam.

Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Suani berkata pihaknya menjangkakan kes strok haba terus meningkat akibat cuaca panas yang berlaku hingga Ogos ini.

“Sehingga semalam, 14 kes dilaporkan namun masih terkawal dan mampu ditampung di fasiliti kesihatan seluruh negara.

“Terdapat enam kes dilaporkan di Kelantan, Sarawak (5) dan Sabah (3) sehingga semalam dengan paling ramai membabitkan golongan dewasa iaitu tujuh kes,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan 4th Intermediate Electrocardiogram Conference 2023 anjuran Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di Kota Bharu, Kelantan hari ini.

Mengulas lanjut, Lukanisman berkata daripada jumlah kes itu, 13 mangsa sudah pulih kecuali satu kes kematian di Kelantan membabitkan kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun.

Menurutnya di peringkat KKM, kepimpinan tertinggi melakukan usaha dan mendengar taklimat daripada kementerian berkaitan serta bersiap siaga bagi menghadapi strok haba yang berpanjangan.

“KKM akan bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) untuk menguar-uarkan maklumat dalam televisyen atau media sosial, juga wakil rakyat diminta mengambil peranan supaya menyebar luas tentang senario cuaca panas di negara ini.

“Ketika ini situasi terkawal, fasiliti KKM dan hospital bersedia menerima semua kes seperti strok haba serta kekejangan haba,” katanya.

Sementara itu, Lukanisman berkata KKM turut mengenal pasti lokasi yang mengalami suhu tinggi menerusi kerjasama dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) untuk tindakan segera termasuk menyediakan fasiliti kesihatan.

“Ibu bapa diminta tidak terlalu bimbang untuk hantar anak ke sekolah, sebaliknya mengambil langkah berjaga-jaga terutama pengambilan air secukupnya selain tidak melakukan riadah sukan berlebihan.

“Pesawah, peladang dan pekebun juga perlu berhati-hati pada musim panas, perlu berehat dan minum air secukupnya bagi mengelak sebarang insiden,” katanya. – Bernama, 13 Mei, 2023.




AWAS !!!

INI PANAS

HASIL PERUBAHAN

IKLIM DUNIA

AMIN

INI BARU

PERMULAAN

YANG TERUK 

AKAAN SAMPAI

AMIN

KHALAS


Tiada ulasan:

Catat Ulasan