Selasa, 23 Mei 2023

LGBT - DAN KABINET


Kerajaan ambil langkah bendung budaya LGBT, kata menteri agama

KERAJAAN berpendirian tegas tidak mengiktiraf golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar.

Susulan itu, kerajaan bersama bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Yayasan Taqwa dengan kerjasama Yayasan Ihtimam Malaysia menganjurkan Program Mukhayyam bagi membendung penularan budaya LGBT di negara ini, katanya. 

“Kerajaan melalui Jakim telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan Jawatankuasa Khas Berkenaan Isu LGBT yang Beragama Islam di Malaysia. 

“Jawatankuasa ini bersidang sekurang-kurangnya sekali setahun atau mengikut keperluan,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen.

Mohd Na’im menjawab soalan Ahmad Saad @ Yahaya (PN- Pokok Sena) yang meminta kerajaan menyatakan langkah strategik bagi membendung sebarang usaha menormalisasi budaya songsang LGBT di Malaysia.

Menteri agama itu selanjutnya menjelaskan Kementerian Belia dan Sukan juga terlibat dalam program pendidikan, pencegahan dan advokasi untuk mencegah budaya LGBT.

Antara program tersebut adalah webinar Isu Sosial Dalam Kalangan Belia Peringkat Kebangsaan anjuran bersama Jakim; Seminar Isu Kesedaran Isu Sosial di Alaf Baru anjuran Bahagian Keluarga; Sosial dan Komuniti Jakim bersama Komuniti Dakwah dan Tarbiah; dan Program PROSTAR (Program Sihat Tanpa AIDS Remaja) 2.0 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, katanya.

Tambah beliau, walaupun tidak mengiktiraf golongan LGBT di negara ini, namun kerajaan tetap tidak mendiskriminasi mana-mana kumpulan untuk menikmati hak asasi mereka seperti yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan seperti hak untuk pendidikan, hak untuk mengamalkan agama dan hak untuk bekerja. – 23 Mei 2023

WOIT

KENYATAAN INI

NAK TIBAI SAPA

KAH KAH KAH

DAH BINCANG

DALAM KABINET

ATAU BELUM ?

KAH KAH KAH

APA PANDANGAN

ANWAR IBRAHIM

KAH KAH KAH

APA KOMEN

MENTERI UNDANG2

ABDUL AZALINA

KAH KAH KAH

KHALAS

2 ulasan:

  1. Lepas ini nak buat apa lagi? Check mana bawah seluar bawah kain pelikat ? Saja tanya lah siap sedia dengan puak Taliban lol kah kah kah

    BalasPadam
  2. Lepas ini nak buat apa lagi? Check mana bawah seluar bawah kain pelikat ? Saja tanya lah siap sedia dengan puak Taliban lol kah kah kah

    BalasPadam