Khamis, 18 Mei 2023

PAS BERSAMA PKR - APA JAWAB HADI



Hubungan Pas dengan

 semua pihak mengikut

 sempadan agama 

Islam – Hadi
KUALA LUMPUR – Pas boleh bekerjasama dengan semua pihak, tetapi tidak teragak-agak membatalkannya jika ada antara mereka melanggar nas, prinsip dan strategi yang diperjuangkan parti itu.

Pada masa sama, Pas juga bersikap terbuka dan bersempadan dalam menghadapi sebarang perubahan dari sudut pemikiran serta sikap manusia yang boleh berubah-ubah.

Presidennya,  Abdul Hadi Awang dalam tulisan terbaharu Minda Presiden hari ini menjelaskan, parti itu mengadakan persefahaman dan kerjasama dengan pelbagai pihak berbeza ideologi serta akidah agama dalam keadaan dipantau dan dirujuk kepada Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa Lajnah Politik.

Kata beliau, Pas juga dalam keadaan terkawal dan tidak pernah dapat dipermainkan semua pihak, dalam keadaan tetap berjaya dari sudut kerjasama serta hubungan tidak lemah apabila dibatalkan.

“Pendekatan kita tidak boleh disamakan dengan rakan parti Islam di negara Arab, utara Afrika, Turki, Asia Tengah, benua India dan lain-lain, walaupun mempunyai persamaan dasar, konsep dan hala tujunya.

“Ini kerana berbeza padang dan lapangan masyarakatnya yang wajib difahami oleh mereka bersama Pas atau yang memberi perhatian kepada Pas.

“Saya menegaskan perkara ini kepada rakan luar negara yang datang dan ditemui atau dalam negara sendiri yang cuba melakukan campur tangan dalam perkara tidak difahami mereka terhadap beberapa tindakan kita,” tulis beliau.

Menurut Abdul Hadi, Pas mengadakan kerjasama dengan pihak lain adalah atas titik persamaan kemanusiaan dan keadilan kepada semua tanpa melanggar sempadan prinsip Islam serta konsep yang menjadi kewajipan parti.

Namun, katanya, apabila ada pihak melanggar dasar atau memaksa Pas keluar daripada landasan agama termasuk menegakkan negara Islam, parti itu tidak teragak-agak membatalkan kerjasama dan keluar dari pakatan politik tersebut.

“Sikap Pas tidak jumud tanpa perubahan apabila berlaku perubahan sikap dan keadaannya. Maka, ada parti yang berulang kali berhubung dan memutuskan hubungan dengan kita.

“Pas lebih mengutamakan sikap berkebajikan termasuk mereka yang pernah bermusuh, sedang bermusuh atau paling bermusuh kerana pendekatan itu menjadi salah satu cara untuk memperkenalkan Islam.

“Parti ini juga melaksanakan kewajipannya dengan penuh kesabaran tanpa menyimpan dendam apabila berada dalam kerajaan pusat dan ketika memerintah kerajaan negeri yang dapat disaksikan oleh ramai kalangan,” katanya.

Sebaliknya, ujar Ahli Parlimen Marang itu, Pas pula menjadi sasaran pihak yang menipu, menyekat dan menentangnya secara terbuka serta bersembunyi.

Namun, tegas beliau, parti itu tidak sekali-kali membalas dendam apabila berkuasa,” katanya. – 

WOIT

KAH KAH KAH

PAS DAH BERSAMA

DENGAN DAP

TIDAK ADA HAL

AMIN

DENGAN BERSATU 

TAK ADA HAL

DENGAN 

GEROMBOLAN

TAK ADA HAL

AMIN

BONTOT KE

TAK BONTOT KE

SEMUA

BELAKANG KIRA

YANG PENTING

KUASA DAPAT

BELI UNTA... 

OPPS SILAP

DAPAT BELI AUDI

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

  1. bro..lu perasan tak satu news terkini, editor sarawak report nak datang terengganu kes 1mdb dan sultanah sultan. lu perasan tak lagu lgbt dah berkurang dan lagu kalimah sedang dimainkan..lu perasan PAS sorok kan isu apa? wartawan2 dan media2 PH bole menyerbu editor sarawak report utk bertanyakan mengenai kes 90juta dan bayaran 1.2juta di london..tapi malang, media PH macam cibai rosmah.lembab dan sembab. bila musuh tengah lemah, jgn kasi nafas, terus benam dlm syurga taik ciptaan mereka..

    BalasPadam