Khamis, 25 Mei 2023

PASAL APA POLITIK TAK STABIL ?


Politik tidak stabil antara faktor prestasi buruk di Sukan SEA, kata menteri

KETIDAKSTABILAN politik dalam tempoh empat tahun antara punca prestasi buruk Malaysia pada Sukan SEA di Kemboja baru-baru ini, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

Hannah berkata sepanjang empat tahun itu tiga menteri belia dan sukan silih berganti di bawah pentadbiran tiga perdana menteri berbeza.

“Dalam empat tahun tiga menteri bertukar, dan setiap kali kita bertukar (menteri) ada pertukaran ahli lembaga pengarah, bajet dan fokus.

“Setiap kali kita ada perubahan seperti ini, apabila ada elaun tertangguh dan gaji jurulatih tertangguh kerana tiada bajet, ini memberi kesan kepada latihan mereka (atlet) kerana ada yang perlu ke luar negara.

“Saya ada berbincang dengan atlet dan persatuan, mereka nyatakan dalam tempoh empat tahun ini sementara kita sibuk di sini berpolitik dan negara-negara jiran kita telah maju ke depan.

“Saya boleh sahaja beri beban untuk menjawab kepada Persatuan Sukan Kebangsaan tetapi saya percaya adalah tidak bertanggungjawab jika saya tidak menyebut bahawa keadaan politik di Malaysia juga salah satu faktor yang memainkan peranan,” kata Yeoh yang juga ahli Parlimen Segambut pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) yang meminta menteri itu menjelaskan kenyataannya bahawa ketidakstabilan politik punca pencapaian buruk atlet negara di Sukan SEA Kemboja 2023.

Malaysia menutup tirai temasya Sukan SEA 2023 yang diadakan di Phnom Penh dengan membawa pulang 34 emas, 45 perak dan 96 gangsa.

Kontinjen negara berada di tangga ketujuh, dan gagal mencapai sasaran 40 emas. – 25 Mei 2023


BETUL KE

KITA COROT

KERANA POLITIK

TAK STABIL ?

AMIN

SEKARANG PUN

POLITIK TAK STABIL

PMX  DIKACAU

NAK DITUMBANG

AMIN

SOALANNYA

KENAPA POLITIK

TAK STABIL

AMIN

INI PUNCANYA

MAKA KITA CARI

SEBAB MUSABAB

KENAPA 

TAK STABIL

AMIN 

TAHUN DEPAN

COROT LAGI 

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan