Selasa, 23 Mei 2023

PROJEK BIDADARI


Polis terima 105 laporan tipu pakej umrah


KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menerima 105 laporan di seluruh negara sejak Januari tahun ini berhubung penipuan pakej umrah yang ditawarkan oleh sebuah syarikat.

Setiausaha PDRM  Noorsiah Saaduddin berkata sehingga kini, polis sudah membuka enam kertas siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

“Hasil siasatan mendapati syarikat berkenaan mempunyai lesen perniagaan yang sah. Jumlah kerugian keseluruhan sebanyak RM3,932,440.68,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hari ini, media melaporkan syarikat umrah berkenaan sedang mengemas kini jadual umrah dan membuat pembayaran balik kepada bakal jemaah yang terjejas penerbangan mereka. – BERNAMA

 

WOIT

JANGAN INGAT

SENANG NAK

DAPAT BIDADARI

KAH KAH KAH

RAMAI KENA TIPU

TIPU ATAS TIPU

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan