Isnin, 22 Mei 2023

SRI MUDA - BUKAN BENCANA ALAM


50 rumah diarah berpindah selepas kebocoran gas ammonia di Sri Muda

PENDUDUK kawasan perumahan di Seksyen 32, Sri Muda, Shah Alam diarahkan berpindah buat sementara waktu selepas kejadian pencemaran gas disyaki ammonia dari longkang perumahan mereka, semalam.

Ketua Polis Shah Alam, Mohd Iqbal Ibrahim berkata, aduan itu diterima pada Ahad kira-kira jam 9.30 malam berhubung pencemaran bau di Jalan Sungai Rasau 32/24, Seksyen 32.

Katanya, salah seorang penduduk terhidu bau busuk yang kuat dari longkang lalu terus menghubungi balai polis untuk membuat aduan.

“Siasatan di lokasi kejadian bersama pasukan Hazmat Bomba Selangor mendapati bau berkenaan disyaki gas ammonia berpunca dari longkang berhampiran sebuah gudang tempat penyimpanan makanan sejuk beku.

“Siasatan lanjut bomba mendapati pengurusan gudang mengatakan mereka sedang menjalankan kerja penyenggaraan berkala seperti yang dijadualkan,” katanya.

Tetapi, katanya, pengurusan gudang tersebut tidak menyedari terdapat takungan berlaku pada sistem perparitan yang sepatutnya tidak berlaku sehingga menyebabkan pencemaran bau.

“Pihak bomba telah membuka pili bomba di kawasan kilang untuk mengalirkan air di dalam sistem perparitan gudang bagi mengurangkan bau sehingga bacaan di paras yang selamat,” kata Mohd Iqbal.

Sementara itu, seorang penduduk di Berjaya Park yang terjejas akibat kejadian kebocoran gas itu menyatakan kira-kira 40-50 rumah di kawasan itu diarahkan berpindah oleh pihak berkuasa.

“Kami diarahkan berpindah kira-kira jam 10 malam dan hanya pulang apabila pihak berkuasa menganggap keadaan sudah selamat.

“Rata-rata kami dibenarkan pulang selepas dua jam,” katanya. – 22 Mei, 2023.

MALAPETAKA

SAMPAI LAGI

AMIN

KALI INI BUKAN

BENCANA ALAM

INI KERJA YANG

TIDAK RAPI 

AMIN 

KILANG WAJIB 

DISAMAN

AMIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan