Isnin, 26 Jun 2023

AGAMA DAN POLITIK


Parti politik tak sama taraf dengan agama – Asyraf

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kedudukan parti politik tidak sepatutnya disamatarafkan dengan kedudukan agama.

Menurut beliau, Islam adalah lebih tinggi dan melangkaui mana-mana parti politik.

Asyraf Wajdi turut mengingatkan bahawa semua umat Islam adalah bersaudara selagi mereka mengucap dua kalimah syahadah.

“Perbezaan ijitihad dalam pendekatan politik kepartian jangan sampai kita meleburkan ukhuwwah Islamiah yang lebih penting.

“Bersederhanalah dalam berpolitik dan berparti,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO,  Khairuddin Aman Razali hari ini yang menegaskan bahawa adalah haram untuk menggelar orang Islam lain yang mempunyai platform politik sebagai musuh Allah SWT.

Bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama itu memetik hadis riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud: “Dan sesiapa yang memanggil seseorang lelaki dengan gelaran kafir atau dia berkata ‘wahai musuh Allah’ sedangkan dia tidak begitu melainkan kembali kepadanya”.

Mohd Khairuddin berkata, tiada kewajipan bagi umat Islam bersama dan menyokong Pas kerana tiada dalil dalam al-Quran dan as-sunnah berhubung perkara itu.

“Mewajibkan sesuatu yang tidak wajib itu adalah perbuatan haram.

“Sebarang fatwa yang mewajibkan orang Islam berpolitik menerusi Pas dan mengundi hanya Pas dalam politik pilihan raya sahaja adalah fatwa songsang kerana ijtihad politik kepartian sifatnya luas dan tidak terhenti pada satu organisasi sahaja,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau meminta ahli-ahli politik yang mendakwa memperjuangkan Islam agar jangan tergelincir lidah menyeru rakan Muslim yang berbeza platform politik sebagai musuh Allah kerana ia adalah perbuatan yang haram. – 

YANG INI UMNO

BETUL TEPAT

AMIN

AGAMA LAIN

PARTI POLITIK

LAIN

AMIN

 TALIBAN GUNA

AGAMA

PANCING UNDI

KAH KAH KAH

POLITIK LEBIH

JUJUR TAK KLIM

ADA BIDADARI

KAH KAH KAH

TAK CERITA HAL

LEPAS MATI

AMIN

POLITIK HEBOH

HAL MASA HIDUP

BUKAN HAL

LEPAS MATI

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan